Followers Remaja Purba

Wednesday, September 3, 2025

WARNA-WARNI KEMERDEKAAN KITA


03 September 2025 - Rabu (10 Rabiulawal 1447H)

Sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2025, Ahad lalu berlangsung penuh gilang-gemilang. Selain bonus cuti tambahan pada hari Isnin, pelbagai detik manis turut terpahat indah dalam memori rakyat.

Segalanya bermula dengan kemunculan kereta Satrio Neo yang dipandu sendiri oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj. Momen bersejarah kemudian diteruskan apabila Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris melakar pencapaian tersendiri sebagai Panglima Tentera Udara (PTU) pertama mengetuai persembahan udara di [SINI]. Sambutan itu semakin bermakna dengan kejayaan kemilau emas dan perak di Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025 (BWF World Championships 2025) yang berlangsung di Adidas Arena, Paris, Perancis [SINI].

Betapa bertuahnya kita sebagai rakyat Malaysia kerana dapat menyaksikan semua detik bersejarah ini.

Bersatu dalam semangat perpaduan.
Inilah kita, rakyat Malaysia.

Lagu Tema HKHM di [SINI]

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri tumpuan puluhan ribu pengunjung dengan alunan lagu tema sambutan Hari Kebangsaan 2025, 'Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni'. Persembahan yang penuh semangat, meriah dan berwarna-warni.

Terlalu banyak moment menarik yang ramai kongsikan di socmed, pelbagai ragam dan gelagat pengunjung yang hadir.

Aku..?
Walaupun hati meronta untuk menyaksikan sambutan Hari Kemerdekaan secara langsung tetapi keadaan tidak mengizinkan kerana kekangan masa dan urusan yang tidak dapat dielakkan. Mungkin tahun akan datang..

Apa pun, yang penting kita raikan kemerdekaan ini dengan penuh rasa syukur dan bangga sebagai rakyat Malaysia. Merdeka bukan sekadar laungan tetapi jiwa dan cinta yang kita semai bersama untuk tanah air tercinta.


| Berguna untuk tahun hadapan |
| HKHM 2025 | 
Nak ke Sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya? 
Jangan risau, parkir banyak tersedia!


@RemajaPurba: Sumber video + gambar dari en. Google

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...