Berdasarkan kisah benar — di tempat kerja en. Hubby..
Kisah bermula, bila seorang staff ini membuat kenyataan berkenaan isu di tempat kerja di dalam salah sebuah group di dalam media sosial. Tanpa disangka, en. Hubby turut meninggalkan komen pada post tersebut. Dari situlah tercetus apabila staff berkenaan bertindak memburukkan nama en. Hubby. Benarlah kata orang, jika hati tidak cukup kental, jangan mudah bermain dengan medial sosial. Jika silap langkah, boleh kemurungan.
Berhati-hati di dalam mengeluarkan kenyataan di media sosial dengan niat menghasut terutama tanpa asas dan bukti kukuh bagi.
- Kalau rasa parah sangat dan tidak adil, buat aduan di Pejabat Buruh, kalau post tu viral, bahaya pada tukang post sebab pihak syarikat boleh saman atas dakwaan fitnah, tambah lagi tiada bukti bertulis, malahan siap ada nama dan gambar tempat kerja tersebut. Viral begitu kau tak dapat apa pun. Be smart.
- Nak cakap syarikat itu teruk, ada lagi syarikat yang teruk cuma kau je yang tak tahu. Syarikat besar ni, tak hairan andai kau nak berhenti kerja. Kau berhenti, ada je orang yang akan menggantikan tempat kau.
- Bayangkan sekiranya syarikat itu terpaksa ditutup gara-gara dikecam dari semua arah, berapa ramai pekerja yang hilang sumber pendapatan, bukan senang nak dapat kerja dengan kelayakan yang ada. Mereka yang bekerja itu mungkin atas tiket 'janji ada kerja', 'janji dapat bayar semua komitmen yang ada', 'janji keluarga tak kelaparan'.
- Ada orang elok je kerja tanpa masalah, asalkan kau pandai bawa diri dan tidak menyusahkan pihak pengurusan di tempat kerja dah cukup syukur untuk mereka terus dikekalkan.
'Bersyukurlah ada kenaikan gaji tahunan dari ada syarikat yang tiada langsung kenaikan'
Setiap syarikat mempunyai cara pengurusan mereka sendiri. Sekiranya tidak berpuas hati boleh buat aduan secara rasmi kepada syarikat tersebut dan memanjangkannya kepada pihak berwajib yang berkenaan. Tak perlulah hingga memburukkan tempat kerja orang lain mencari rezeki. Bukan setakat kau burukkan nama syarikat tu tapi turut memburukkan nama orang yang bekerja di situ. Apa niat kau sebenarnya?
'Jika kau menginginkan kerja yang bergaji tinggi tapi tidak mahu penat, tak perlulah kau nak mohon kerja di situ. Nak gaji besar, kerja mudah - ukur baju di badan sendiri dulu'.
Roda itu bulat.. Jangan hanya pandai nak viral tapi tak berani nak bersemuka. Rileks bro.. Chill sudah.. kau tak suka kau boleh blah.
'Orang macam tu usah dilayan, nanti kita pun sama nampak bodoh macam dia'.
#RemajaPurba: ...
No comments:
Post a Comment