Followers Remaja Purba

Friday, September 5, 2025

SAMBUTAN BIRTHDAY - MALAM AMBANG MERDEKA 2025


Kisah Birthday Boy dari [SINI]

30 Ogos 2025 – Sabtu lepas, dak Adik bersama kawan-kawannya menyambut ambang merdeka di pondok depan rumah dengan buat makan-makan. Aku pula request pada en. Hubby untuk buatkan pulut kuning dan rendang ayam buat dak Adik. 

Pulut kuning

Rendang Ayam by #ChefHubby


Malamnya..
Selesai kerja, en. Hubby turut sama join dak Adik dan gengnya di depan rumah. Aku biarkan saja, asalkan tak bising sangat dan pandai kawal suara supaya tak ganggu jiran.

Tepat tengah malam..
Dak Adik dan seorang kawannya menjadi 'mangsa' prank kecil yang memang mencuit hati — mandian telur, tepung, air tembikai jadi hadiah buat mereka berdua.

Walaupun agak bersepah pondoknya, moment ini tetap manis untuk dikenang. Kadang-kadang keseronokan bukan datang daripada hadiah mahal atau hiasan mewah tapi daripada gelak tawa, gurauan nakal dan kenangan spontan yang susah nak dilupakan.

'Make sure bersihkan semula tempat tu, jangan biarkan kotor..' Pesan aku pada mereka.


Malam betul-betul penuh warna-warni.
Bukan setakat sambutan birthday dak Adik tapi ia bertepatan dengan malam ambang Merdeka — jadi keseronokannya berganda!


Aku biarkan mereka enjoy sepuasnya — dari keluar entah ke mana, lebih baik biarlah mereka melepak depan rumah sambil makan hingga tersandar kekenyangan. Sekurang-kurangnya ada depan mata kita.

Itulah cerita sambutan ambang merdeka dak Adik tahun ni. Simple je tapi penuh gelak tawa dan kenangan buat mereka.

@RemajaPurba: Happy tummy..

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...