IBADAH ASAS
Merujuk kepada hubungan langsung antara hamba dengan Allah – meliputi kepatuhan terhadap Rukun Iman dan Rukun Islam.
IBADAH SUNAT
Amalan tambahan yang apabila dilakukan akan mendatangkan kasih sayang Allah – Ia ibarat markah bonus untuk menyempurnakan ibadah asas kita.
IBADAH UMUM
Segala urusan kehidupan harian, daripada perkara kecil hinggalah sebesar-besarnya – melibatkan hubungan sesama manusia dengan niat kerana Allah.
Niat kerana Allah s.w.t
Setiap amalan akan dinilai berdasarkan niatnya.
Pastiikan kerja itu halal dan tiada unsur haram
Jauhkan diri daripada perkara haram. Paling rugi di akhirat ialah mereka yang mendapat rezeki haram hingga menjerumuskan diri ke neraka.
Mematuhi syarat dan peraturanNYA
Ikut syarat Allah dan juga peraturan manusia. Allah sukakan hamba yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam bekerja.- Tidak meninggalkan ibadah asas dan segala perintahNYA
Solat dan perintah Allah yang lain jangan ditinggalkan. Ia memberi kekuatan jiwa dan kelapangan fikiran untuk kita jalankan urusan kerja dengan lebih berkesan.
Bersyukur kepadaNYA di atas kejayaan
Bukan sekadar menyebut Alhamdulillah tetapi cara paling efektif adalah back to basic — taat segala suruhanNYA dan menjauhi laranganNYA.
Lahir Tamadun Rohani
Akan lahir insan yang berakhlak mulia, berperibadi tinggi dan dekat dengan Allah.
Lahir Tamadun Material
Individu, syarikat dan masyarakat akan mencapai kemajuan serta pembangunan yang seimbang.
No comments:
Post a Comment