Followers Remaja Purba

Monday, September 8, 2025

DAHULU PERGI, SEKARANG TIDAK LAGI


Setiap program kerja yang dianjurkan pastinya membawa tujuan dan manfaat tersendiri. Namun, di sebalik jadual yang disusun, ada juga ruang untuk kita menilai semula — sejauh mana program itu benar-benar memberi kesan dan sejauh mana pula ia mempengaruhi keseimbangan rutin harian serta tanggungjawab peribadi. Adakah berbaloi untuk mengorbankan rutin harian hanya demi hadir atau cukup sekadar memilih apa yang benar-benar penting dan relevan dengan tugas sendiri.


DAHULU..
Setiap kali ada bengkel, kursus atau latihan — apatah lagi jika diadakan di hotel atau lokasi menarik jauh dari tempat kerja — aku pasti hadir. Selain menimba ilmu, peluang ‘berjalan’ sambil bekerja memang sesuatu yang aku nantikan. Seronok rasanya bila dapat keluar dari rutin harian, walaupun jadual padat dari hari pertama hingga hari terakhir. Penat itu ada tapi tetap rasa berbaloi. 

Naik flight, naik bas, naik kereta, naik bot malah naik rakit seperti di [SINI] pun pernah aku lalui. Zaman waktu Remaja Purba yang fikir nak enjoy, tak kira di mana. Dalam kepala cuma satu.. 'Bila lagi nak dapat peluang macam ni? Lupa sekejap segala tekanan di tempat kerja. Rasa bebas — walau sementara.


SEKARANG..
Sejak insiden dua kali aku pernah pengsan di tempat kerja, aku jadi lebih berhati-hati. Nak sertai bengkel, kursus atau seminar yang jauh pun aku fikir banyak kali. Seboleh mungkin, aku elakkan. Bukan apa — aku tak nak susahkan orang, tak nak buat en. Hubby risau dan paling penting, tak nak jadi beban kepada pihak urusetia. Kalau boleh tak pergi, aku pilih untuk tak pergi.


Kalau program yang tak memerlukan bermalam, aku masih boleh terima. Taklah terlalu mengganggu rutin harian di rumah. Jadi, aku hadir dengan hati yang lebih tenang. Andai ada yang berkata, 'Macam dia seorang saja ada anak, ada suami..' — silakan. Kita tak hidup dalam rutin yang sama, apatah lagi menanggung tanggungjawab yang serupa.

Tapi bila bengkel itu jauh di luar kawasan, jaub di sudut hati — 'Apa aktivitinya?'. Hakikatnya, aktiviti tetap sama — 3 hari 2 malam dengan slideshow PowerPoint, aktiviti berkumpulan dan akhirnya bila kembali bekerja.. kau dengan bidang kau, aku dengan kerja aku.
Bukan semua yang berjalan itu belajar dan  bukan semua perjalanan itu membazir..

Kerja tetap berjalan, program silih berganti tapi di hujungnya ada tanggungjawab dan rutin di rumah yang tetap setia menanti. Di situlah sebenarnya, terletak makna keseimbangan yang aku pilih untuk dijaga.

@RemajaPurba: ..

5 comments:

  1. terus bterang itu lagi bagus dari memnendam diam membisu dek..Faktor kesihatan kukuh jadialasan..biarkan orang bercakap..badan manusia ni ada masa perlu rehat..

    ReplyDelete
  2. Masalahnya kadang2 ada program yang wajib dihadiri.

    ReplyDelete
  3. Sampai 2 kali pernah pengsan? Harap2 tak serious

    ReplyDelete
  4. sampai pengsan ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ moga baik-baik buat selalu buat aiza

    ReplyDelete
  5. Walaupun kita baru berkenalan di alam maya ini tetapi KSarie bersetuju 100% dengan penulisan ini. KSarie pun sekarang pilih kursus, bengkel, bengkel, seminar, dsb yang perlu dihadiri. Betul sangat tentang hampir semuanya perkara yang sama diulang-ulang. Tapi KSarie paling tidak berminat dengan team building dan seangkatan dengannya. Beriya bekerjasama panjat tiang segala alih-alih bila balik ofis tidak berubah pun orang yang sepatutnya berubah๐Ÿ˜…. Mungkin kena ada aktiviti direndam dalam loji IWK baru nak berubah depa-depan ni๐Ÿ˜….Semoga Aiza sihat selalu dan terus semangat bekerja.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...