30 Ogos 2025 - Sabtu (6 Rabiulawal 1447H)
Bagi tahun 2025, lagu tema sambutan Hari Kebangsaan diberi judul 'Malaysia Madani: Rakyat Disantuni', hasil ciptaan Affan Mazlan dan dinyanyikan oleh Biduanita Negara Dato' Sri Siti Nurhaliza. Melodi dan susunannya menampilkan gabungan elemen muzik tradisional dari pelbagai budaya di Malaysia, antaranya caklempong, serunai dan irama inang yang mewakili Melayu, sitar dari warisan India, pengaruh tarian naga untuk komuniti Cina serta sentuhan muzik Iban dan Kadazan dari Sabah dan Sarawak — Genre: Fusion of pop and traditional elements.
Untuk rekod, Affan Mazlan juga telah mencipa lagu tema Hari Kebangsan:
==============================================
Lagu tema ini menggambarkan keutuhan rakyat berbilang bangsa yang melangkah bersama menuju kemajuan. Lirik serta alunan melodi yang menyemai semangat perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air. Marilah kita bersama menyalakan api kecintaan pada tanah air untuk generasi akan datang.
Lagu Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025
di [SINI]
Lagu: Malaysia MADANI Rakyat Disantuni
Penyanyi: Dato' Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin
Lirik dan Lagu: Affan Mazlan
Gubahan Muzik: Affan Mazlan
Suara Latar: Fareez Khairul, Mankimmal, Aleya Allisyah, Dila Asri
LIRIK LAGU: MALAYSIA MADANI RAKYAT DISANTUNI
[1]
Malaysia Madani
Rakyat disantuni
Timur barat selatan dan utara
Malaysia Madani
Hai bersatu hati
Kita semua sama Malaysia
Satu hati walau berbilang bangsa
Kan bersama bawah naungannya
Satu jiwa tak kira apa warna
Takkan ada yang membezakan kita
[2]
Selamanya Malaysia kita
Melayu Cina India
Iban Kadazan kita sejiwa
[Ulang 1]
Malaysia Madani
Rakyat disantuni
Satukan rasa demi negara
Malaysia Madani
Hai bersatu hati
Kita semua sama Malaysia
Berdiri megah selamanya kita bersama
Warisan takkan binasa
Setia gagah bersama kita Merdeka
Kita semua anak Malaysia
[Ulang 2]
[Ulang 1]
Hai orang India berbudi bahasa
Lembut langkah tarian indahnya
Anak-anak orang Cina
Hai ada tarian naga
Merah menyala sungguh megahnya
Hai Melayu pula macam-macam budaya
Sebut sahaja hai semua ada
Orang Iban dan Kadazan semua gagah perkasa
Kita semua anak Malaysia
[Ulang 2]
[Ulang 1]
Malaysia Madani
Rakyat disantuni
Satukan rasa demi negara
[Ulang 1]
Kita semua sama Malaysia
====================================
29 Ogos 2025 - Jumaat (5 Rabiulawal 1447H)
Alhamdulillah..
Dak Adik selamat sampai dari luar negeri..
Balik sebab nak sambut birthday di [SINI] dan Merdeka day.
Babahnya nak buatkan pulut kuning dan rendang ayam.
@RemajaPurba: ..
No comments:
Post a Comment