Followers Remaja Purba

Thursday, September 25, 2025

GUBAHAN BUNGA ISTIMEWA DARI CHENILLE STEM


Kenangan yang tertinggal tahun lepas..

Dak Nuha ni seorang yang kreatif, dalam diam ada saja benda yang dia buat. Ikut musim, ikut rasa hati — kadang seronok melukis, kadang sibuk mereka bentuk, dan ada masanya pula leka mewarna sampai berjam-jam. Ada waktu kita tengok dia tekun dengan pensel warna, ada masa penuh meja dengan hasil rekaan dia. Tambah pula dia si bongsu dalam keluarga, tiada adik kecil yang nak berebut atau kacau barang-barang dia. Sebab itulah segala hasil tangan dan barang peribadi dia boleh 'berkhemah' merata-rata dalam rumah, tetap kekal elok tak terusik.

Macam tahun lepas, dia minta aku belikan bahan-bahan untuk buat bunga. Katanya nak dijadikan hadiah istimewa untuk guru kelasnya. Bila barang semua dah ada, mulalah dia fokus dengan dunia dia sendiri. Pelbagai bentuk bunga dihasilkan ikut kreativiti dan citarasa dia, kadang aku pun tak sangka sejauh itu idea yang keluar dari kepalanya. Hanya bila semuanya betul-betul siap barulah dia tunjuk hasil tangan dia.

Bahan utama - 'batang berbulu'

Dia tak bagi aku buat, dia nak buat sendirian.

Ini hasil pertama masa dia mula belajar buat dulu tapi bukanlah bunga ini yang dijadikan hadiah kepada guru kelasnya.


Di bawah ini antara hasil tangan dak Nuha yang dia buat tahun lepas. Setiap satunya bukan sekadar hiasan tapi ada niat dan makna tersendiri. Dia siapkan dengan penuh sabar untuk dijadikan hadiah kepada guru-guru kelas di SK dan juga SRA tempat dia belajar. Tak dilupa juga cikgu Amir, yang telah mengajar dan membimbing dia dan pasukan softball sekolah di [SINI]. Semuanya dia susun sebagai tanda ingatan, rasa hormat dan terima kasih yang lahir dari hati kecilnya. Bagi dak Nuha, hadiah itu bukan sekadar pemberian biasa tetapi kenangan manis yang ingin dia tinggalkan sebelum melangkah ke dunia SMK dengan pengalaman dan cerita baru.

Teacher Mageswari

Cikgu Suziana

Ustazah Jannati

Ustazah Aida

Cikgu Amir

- Semua dak Nuha buat sendiri tanpa bantuan sesiapa -

Buat semua guru yang mengajar dak Nuha:
Moga segala jasa dan ilmu yang dicurahkan para guru menjadi bekal pahala berpanjangan dan semoga mereka terus diberikan kesihatan serta kekuatan untuk mendidik generasi seterusnya.


Tahun 2025?
Ada juga dak Nuha membuatnya untuk dihadiahkan kepada kawan-kawannya. Lepas ni nak kena beli lagi sebab banyak warna chenille stem tu dah habis. 

Jual..?
Belum lagi sebab dak Nuha buat pun sekadar untuk suka-suka dan mengisi masa terluang.


======================================

CHENILLE STEM:
Bunga tiruan yang dibuat daripada batang berbulu biasanya menggunakan chenille stem (atau dikenali juga sebagai pipe cleaner). Batang ini fleksibel dan berbulu, sesuai untuk membuat pelbagai jenis bunga tiruan. Kalau ikut bahasa mudah, chenille stem ni batang dawai berbulu lembut yang boleh dibentuk sesuka hati untuk hiasan atau kraf.

Berikut adalah beberapa contoh bunga tiruan yang dihasilkan menggunakan chenille stem:
  • Bunga Tulip: Tulip kecil yang cantik sesuai untuk hiasan meja atau hadiah.
  • Bunga Lily: Bunga yang elegan sesuai untuk dekorasi rumah.
  • Bunga Matahari: Bunga ceria yang mudah dibuat dengan chenille stem.
  • Bunga Ros: Bunga yang dihasilkan dengan teknik lipatan dan lilitan chenille stem.


@RemajaPurba: Bunga boleh layu tapi kenangan dan jasa guru kekal selamanya..

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...