31 Ogos 2025 - Ahad (7 Rabiulawal 1447H)
Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025 (BWF World Championships 2025) yang berlangsung dari 25 hingga 31 Ogos lalu di Adidas Arena, Paris, Perancis menjadi pentas bersejarah buat Malaysia. Lebih manis, detik gemilang itu hadir bertepatan dengan sambutan Hari Kebangsaan, menjadikan pencapaian ini cukup bermakna. Dalam kejohanan tersebut, pasangan Beregu Campuran dan Beregu Wanita negara berjaya melangkah ke pentas akhir, sekali gus mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.
Hadiah Hari Kebangsaan buat Malaysia
dari..
Beregu Wanita: Pearly Tan – M. Thinaah
Beregu Campuran: Chen Tang Jie – Toh Ee Wei
Perlawanan Akhir Beregu Wanita dan Beregu Campuran
Tahniah kepada Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei atas kejayaan bergelar juara dunia.
Lagu NEGARAKU berkumandang di Adidas Arena, Paris, Perancis
Gandingan yang kini berada di ranking keempat dunia itu menampilkan aksi meyakinkan apabila menewaskan pasangan ranking kedua dunia dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, dengan kemenangan straight set, 21-15, 21-14. Untuk rekod, pencapaian terbaik Malaysia dalam acara beregu campuran hanya di peringkat separuh akhir menerusi pasangan Koo Kien Keat-Wong Pei Tty pada edisi 2006 di Madrid, Sepanyol.
===========================================
Sejarah Badminton kini tercipta. Pearly Tan & M. Thinaah menjadi pasangan beregu wanita Malaysia pertama mara ke peringkat akhir Kejohanan Dunia BWF sejak dimulakan pada tahun 1977 di Sweden.
Namun, gandingan beregu wanita ini terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara setelah tewas kepada beregu nombor satu dunia dari China dengan keputusan 14-21, 22-20 dan 17-21.
Sekalung Tahniah buat pasangan beregu wanita Malaysia yang telah berjuang hingga ke peringkat akhir.
Kejayaan dan pengalaman yang diraih para pemain badminton negara bukan sekadar milik mereka semata tetapi menjadi inspirasi buat seluruh rakyat Malaysia. Semoga semangat juang ini terus menyala dan kita semua sentiasa berdiri teguh di belakang wira-wira sukan tanah air dalam setiap langkah mereka menuju puncak kejayaan.
Sebagai rakyat Malaysia, aku tumpang bangga bila kejayaan diraih oleh pemain badminton negara. Latihan demi latihan dan usaha yang bukan sedikit buat mereka layak untuk diberi penghormatan. Semangat kental dan ketabahan semua pemain sepanjang perlawanan ini telah membuktikan bahawa mereka tetap yang terbaik untuk Malaysia. Menang atau kalah bukan noktah, sebaliknya pengalaman inilah yang akan menjadi pemangkin untuk terus melangkah lebih jauh pada masa hadapan.
@RemajaPurba: Sumber gambar dari en. Google..
No comments:
Post a Comment