Terjawab akhirnya dengan pemakluman pada 13 Mac 2025 dan surat rasmi telah aku terima pada bulan Jun 2025.
Selepas sedekad, detik ini hadir kembali cuma kali ini di tempat yang berbeza. Jika dahulu ia berlaku di tempat lama hingga membawa aku dan yang lain ke [SINI], kini aku melangkah di bawah bumbung serta pengurusan baharu. Suasana berubah, wajah kepimpinan juga tidak sama. Hampir enam tahun berbakti sebelum takdir sekali lagi mengizinkan aku merasainya.
Ya, aku tahu.
Masih ada yang belum pernah melaluinya — aku faham benar perasaan itu kerana aku juga pernah berada di situ.
Dulu.. lama dulu..
Pengarah pernah bertanya, 'Pernahkah awak menerima anugerah ini?'
Jawapanku, belum. Kali pertama aku merasainya hanyalah ketika di tempat kerja lama. Selepas itu, walau pengarah silih berganti, aku masih belum pernah menerimanya. Sehinggalah pada satu hari — waktu itu aku sedang bercuti kerana menjaga dak Adik yang dimasukkan ke hospital di [SINI]. Tiba-tiba, pengarah memanggil aku hadir ke pejabat, meminta aku menulis justifikasi. Katanya, beliau sendiri akan menambah apa yang perlu untuk memastikan aku layak menerimanya.
Untuk anugerah sebegini, justifikasi daripada ketua amat penting bagi mengesahkan kelayakan seseorang. Aku..? Tidak pernah mengharap kerana aku tahu kedudukan aku bukanlah pilihan utama. Tapi bila mendengar kata-katanya, aku benar-benar terpaku. Speechless.
Dan.. ketika aku menerima anugerah bagi tahun 2024, Pengarah tersebut sempat menghubungi aku untuk mengucapkan tahniah. Aku pula, dengan penuh rasa hormat dan syukur berterima kasih kepadanya kerana pernah mencalonkan aku untuk anugerah ini. Beliau adalah seorang ketua yang tak mungkin aku lupakan. Terima kasih banyak-banyak puan atas penghargaan yang begitu besar maknanya bagi diri ini.
11 Ogos 2025 - Isnin (17 Safar 1447H)
Akhirnya, bertempat di sebuah hotel di situ, aku melangkah naik ke atas pentas — dengan dada berdebar + menahan malu. Boleh dihitung dengan jari betapa jarangnya aku menjadi perhatian; aku lebih selesa bekerja di balik tabir. Namun, di hadapan begitu banyak mata yang memandang, gemuruh itu tetap ada.
Alhamdulillah.. syukur di atas nikmatNYA ini.
Alhamdulillah.. Tahniah Mak Budak.
Terima kasih kepada Pengarah dan Ketua Unit kerana sudi mencalonkan aku untuk anugerah ini. Enam tahun aku berkhidmat di situ sebelum berpindah mulai awal tahun 2025 — inilah hadiah paling bermakna dan kenangan terindah yang akan aku simpan selamanya.
Setiap usaha akan sampai pada masanya dan bila tiba, syukuri dengan sepenuh hati sambil terus melangkah menjadi versi terbaik untuk diri sendiri..
Tahniah Mak Budak..
Seperti kata seseorang 'You deserved it..'
@RemajaPurba: Sedekad lalu di [SINI]
Alhamdulillah...happy for you friend...tahniah ye...
ReplyDeletealhamdulillah..tahniah...
ReplyDeleteAlhamdulillah...tahniah...ya you deserved it...
ReplyDeletetahniah dpt anugerah perkhidmatan cemerlang..smoga trus cemerlang dunia akhirat
ReplyDelete