26 September 2025 - Jumaat (4 Rabiulakhir 1447H)
Hari Jumaat bukan sekadar penghulu segala hari tetapi juga peluang baru yang Allah kurniakan buat kita — untuk senyum lebih ikhlas, doa lebih kuat dan hidup lebih tenang. Seakan ada ruang baru yang terbuka luas untuk kita menghapuskan resah semalam dan menggantikan dengan harapan yang lebih segar.
Dalam menjalani hidup ini, ada perkara asas yang sebenarnya boleh kita pegang — kalau tak mampu menyenangkan orang lain, cukuplah jangan menyusahkan mereka. Dunia ini sudah cukup berat untuk setiap orang bawa jadi jangan kita menambah beban pada bahu sesiapa lagi. Kadangkala.. bukan pertolongan besar yang orang perlukan tetapi cukup sekadar kita tidak menambah kesulitan dalam hidup mereka.
@RemajaPurba: ...

Adakalanya, diam itu lebih baik. Diam bukan bermakna kita kalah atau lemah tetapi diam boleh menjadi tanda kebijaksanaan. Kadang-kadang diam itu lebih baik dan jauh lebih bernilai daripada kata-kata atau perbuatan yang melukakan. Aku memilih untuk diam sebenarnya lebih bernilai, lebih mendidik jiwa dan lebih memberi makna daripada seribu ucapan.
Kebaikan kecil yang kita lakukan hari ini mungkin jadi besar di mata orang lain.
No comments:
Post a Comment