Followers Remaja Purba

Sunday, September 14, 2025

HARI MALAYSIA + SARA one-off


14 September 2025 - Ahad (21 Rabiulawal 1447H)

Esok..
15 September 2025 telah diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September 2025 (Selasa). Pengumuman ini dibuat oleh YAB Perdana Menteri sebagai tanda penghargaan terhadap semangat perpaduan dan kebersamaan seluruh rakyat Malaysia.

- Sumber en. Google -

Kebetulan jatuh pada awal cuti sekolah, memang terasa bahagia bila dapat luangkan masa bersama keluarga. Cuti tambahan seperti ini pastinya dimanfaatkan sebaik mungkin untuk berehat di rumah dan recharge tenaga. Masalah kerja letak tepi dulu, tak payah fikir pasal apa yang menunggu bila masuk kerja nanti. Asalkan tak ada yang kacau, rasa syukur sangat dapat nikmati masa tenang macam ni.


Bertambah rasa syukur apabila kerajaan mengumumkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara one-off kepada semua rakyat dewasa berusia 18 tahun ke atas melalui MyKad bermula 31 Ogos 2025 lalu. Inisiatif ini mencatat sejarah baharu dalam bentuk bantuan tunai yang bersifat menyeluruh.

Bila difikirkan semula, nilai RM100 mungkin nampak kecil pada mata kasar tetapi cukup besar maknanya bila diberi kepada seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang. Ia tanda prihatin kerajaan terhadap kebajikan rakyat. Alhamdulillah,, syukur.


Aku..?
Masih belum menggunakannya lagi. Lagipun, tempohnya masih panjang kerana tarikh akhir penebusan pada 31 Disember 2025.

@RemajaPurba: ..

3 comments:

  1. Alhamdulillah, dapat jimat cuti sehari.. memandangkan Linda memang nak cuti direct seminggu nie...
    SARA pun dah selesai gunakan, baru je

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dapat cuti tambahan. Takdela kena ambil CR sebab tersepit kan. Boleh dapat cuti panjang sikit.

    ReplyDelete
  3. Alahmdulillah saya dan suri hati telah tebus sara rahmah..ada kebaikan awal2 sebab tak payh fikirkan lagi..beli beras sangat penting dan minyak..mesti ada..

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...