Followers Remaja Purba

Monday, September 22, 2025

BELAJAR MELEPASKAN


22 September 2025 - Isnin (29 Rabiulawal 1447H)
 
- Kerana setiap yang kita lepaskan, membuka ruang untuk sesuatu yang lebih indah hadir -

Melepaskan sesuatu yang kita sayang memang perit tapi dalam hidup, kadang-kadang kita perlu berkorban, membuat rombakan dan berani melangkah ke arah perubahan. Hanya dengan cara itu perjalanan hidup kita benar-benar akan berubah.

Kenangan tetap akan jadi kenangan, namun kita juga berhak mencipta kenangan yang lebih indah. Apa yang sudah berlalu, biarlah ia berlalu. Sama seperti bunga api — bila dinyalakan, ia meletup indah di langit. Jika dibakar dekat-dekat, percikannya menyakitkan tetapi bila diletakkan jauh, kita dapat menikmati keindahannya, malah orang lain turut merasai moment itu.

Begitulah hidup — yang sudah lepas, biarlah pergi. Kita cipta kenangan baru, membina moment baru. Jangan takut melepaskan kerana di hadapan sana ada cerita baru yang sedang menanti untuk kita tulis.

@RemajaPurba: ..

8 comments:

  1. mmg perit sbb biasanya kita syg nk lepaskan tp akan ada hikmah disebaliknya

    ReplyDelete
  2. Insyaa Allah, moga dapat yang lebih baik.

    ReplyDelete
  3. betul... barang yang lama usah di kenang

    ReplyDelete
  4. Saya membaca rasa dan terasa sedih addmin blog ni..Ya Allah berikan dia kekuatan semangat yang kuat agar hadapi kehidupan ini lebih bahagia..bahagiakan dia..semoga baik dan aman2 saya ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas doanya.
      Hanya ingin berkongsi semangat dan kata-kata motivasi untuk sesiapa yang mungkin sedang menghadapi situasi sukar. Saya.. Alhamdulillah.. baik-baik sahaja.

      Delete
  5. Usah bersedih lagi..leraikan airmata yang menyeksa tu ..

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...