09 September 2025 - Selasa (16 Rabiulawal 1447H)
Kau ok tak tu..?
Aku tahu kadang menung terlalu lama boleh jadi letih, fikir macam-macam tapi bersabarlah.. Allah sedang menyusun jalan yang cantik untukmu. Sebagai peringatan bahawa Dia tidak akan mensia-siakan hambaNya yang sabar — dua kali Allah ulang dalam Al-Quran..
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا * إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
“Maka sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan.
Sesungguhnya besama kesulitan itu ada kemudahan.” (Al-Insyirah: 5-6)
Setiap kesusahan yang kau lalui, pasti ada keindahan yang menanti di hadapan. Kau perlu sabar dan yakin dengan janji itu. Aku faham.. kadang-kadang penat, kadang rasa sedih dan kecewa. Tapi itulah hakikat kehidupan — hidup memang penuh cabaran. Nama pun hidup, kan?
Ingat, kita hidup bukan sekadar untuk dunia, tetapi untuk akhirat. Kau perlu bersabar, percaya dengan janji Allah. Allah sedang menyusun sesuatu yang indah untukmu. Bersabarlah, sangka baiklah kepada Allah, InsyaAllah, kehidupanmu akan dipenuhi kebaikan.
Aku mendoakan kepada semua yang sedang melalui kesusahan, rasa kecewa atau sedih, semoga kalian diberi kekuatan mental dan kesihatan yang baik. Mari kita berdoa agar Allah memudahkan setiap urusan kita dan memberi kita kekuatan untuk menghadapi setiap ujian. InsyaAllah…
Biarlah hati ini tetap yakin, sangka baik kepada Allah dan berserah kepadaNya. InsyaAllah, apa yang tersimpan untukmu akan datang pada masa yang tepat, membawa bahagia, ketenangan dan keberkatan dalam hidupmu.
Kesabaran hari ini adalah kunci kebahagiaan esok. Yakinlah.. Allah tahu apa yang terbaik untukmu..
@RemajaPurba: ..
Walaupun kadang-kadang rasa sedih dan frust dengan perjalanan hidup tetapi sentiasa cuba pujuk hati mengingatkan diri Allah telah menetapkan yang terbaik untuk setiap hambaNya. In sya Allah semoga kita sama-sama bersangka baik terhadap Allah ye
ReplyDelete