09 April 2024 - Selasa (29 Ramadan 1445H)
Mengulang kata dari SINI..
Sehari sebelum raya.. en. Hubby memulakan aktiviti membakar lemang untuk di bawa pulang ke kampung dan yang order last minute.
Awalnya buat di luar rumah, sekali nah.. hujan turun dengan lebatnya.
Bertukar lokasi, di dalam pagar rumah.
'Aku tengok rumah kau berasap, tu yang aku jenguk. Rupanya kau bakar lemang. Aku nak beli boleh lagi ke?'
Selesai semuanya, selepas berbuka, kami hantar lemang ke rumah Ayah aku, nak bagi ayah rasa lemang yang dimasak oleh menantunya.. 😊
Lewat tengah malam..
Menjadi kebiasaan, aku tidak akan keluar di malam raya kerana sibuk mengemas keperluan berkaitan untuk di bawa balik kampung tapi disebabkan nak hantar lemang ke rumah Ayah, merasalah menyaksikan dentuman demi dentuman bunga api. Sana sini, berwarna-warni di ruang udara hinggakan tak tahu nak tengok yang mana satu. 'Rambang mata' kata dak Nuha.
Ini yang paling menarik yang dapat aku saksikan secara dekat.
========================================
10 April 2024 - Rabu (01 Syawal 1445H)
Pagi raya.. aku di dalam kategori di SINI..
Merentas Desa menuju ke rumah myMIL sebelum mengambil Marathon pulang ke kampung halaman di selatan tanahair.
Bersama myFIL dan myMIL
Aku rasa bukan gambar yang salah tapi aku yang tak #PerasanSlim dah..
Disebalik gambar raya yang diambil, sebenarnya banyak yang tidak menepati piawaian mata isteri. Gambar nampak gemuklah, tak senyumlah, tudung sengetlah, mata tertutuplah.. ada je yang tak kena. Tapi.. Raya tetap raya dan yang penting kami kekal berlima sejak 12 tahun lepas.. 👍
Petang raya..
Selepas lebih tiga jam setengah baru kami sampai ke kampung halaman. Kami bergilir memandu kereta kerana en. Hubby mengantuk tak cukup tidur. Jalan sesak itu biasa tapi bila aku yang memandu jadi luarbiasa sebab anak-anak akan terjaga. 'Rasa tak selamat bila ibu yang pandu kereta'.
Di kampung..
Menu raya itu biasa tapi bila ada rendang daging, tak pandang yang lain dah. Terima kasih Mak sebab masak rendang daging. Sedap..
Semua gambar makanan di rumah Mak aku dan di rumah myMIL tidak pula ku ambil. Menu raya.. biasa aje, yang membezakan rasanya adalah air tangan deme.
Bersama keluarga kecilku, tidak termasuk suami dan anak-anak adikku.
Ayah tak balik beraya bersama kami, PakNgah pula beraya di rumah adiknya.
Sempena Aidilfitri 2024..
MakBudak dan en. Hubby mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Moga raya kali ini lebih bermakna buat semua.. 😊
========================================
11 April 2024 - Khamis (02 Syawal 1445H)
Kali ni raya tidak lama kerana en. Hubby tidak dapat bercuti lama, takdelah teruja seperti biasa. Buat saudara dan sepupu, maafkan kami tidak dapat berjumpa.
========================================
12 April 2024 - Jumaat (03 Syawal 1445H)
Awal pagi 03 Syawal 1445H, kami selamat sampai di rumah kerana en. Hubby mula bekerja.
Awal pagi 03 Syawal 1445H, kami selamat sampai di rumah kerana en. Hubby mula bekerja.
Kembali ke realiti kehidupan.
Dak Kakak mula sibuk mengemas, menyusun segala untuk di bawa pulang ke luar negeri.
========================================
13 April 2024 - Sabtu (04 Syawal 1445H)
Dak Kembar - Arissa + Umairah
Tahniah Arissa dapat menyambung pengajian peringkat 'Bachelor' di situ. Umairah pula masih di sana. Moga dia juga akan mengikut jejak langkah 'kembarnya' itu nanti.. Aamiin..
Selepas subuh kami bergerak menuju ke luar negeri. Ketika ini berharap, semua masih dekat atas sejadah lagi.. biar aku gerak dulu.. 😊 Sampai awal takde kelam-kabut dan berebut menggunakan lif. Tidak seperti apa yang pernah berlaku sebelum ini. Gerak awal tapi sampai lambat dek masalah di SINI..
dak Kembar - Umairah di sini..
dak Kembar - Arissa di situ..
Balik dari menghantar dak Kakak ke luar negeri, dia punya sesak buat aku terlelap dalam kereta meninggalkan en. Hubby terkebil² memandu seorang diri.. 🤣
#RemajaPurba: Aidilfitri 2023 di SINI..
Comel la pulak foto nyorok2 tu...
ReplyDeleteSelamat hari raya 💐💐
ReplyDeleteKali nie punya jem.. Kaw2 dia bagi... Tapi, itulah namanya raya
Selamat Hari Raya
ReplyDeleteMaaf Zahir & Batin
Begitulah suasana raya; kelam kabut, traffic jam semua tu membuatkan raya bertambah meriah :)
lain macam jemm raya kali ni sbb cuti habis serentak kan? sblm-sblm ni cuti sekolah mcm lebih sikit hehehe
ReplyDeleteEid Mubarak RP.. rajin en suami RP bakar lemang.. CH tak beli lemang.. adik ipar yg beli 2 btg bawa balik kg, sbtg jiran FIL yg beri. Raya kali rasa mcm sekejap aje..
ReplyDeleteSelamat hari raya.. Nasib baik bakar lemang portable macam tu, boleh pindah2..
ReplyDeleteselamat hariraya maaf zahir batin dari mama sekeluarga
ReplyDelete