Followers Remaja Purba

Tuesday, April 16, 2024

APA ITU BARAAN?


13 April 2024 - Sabtu (04 Syawal 1445H)

Pagi:
Menguruskan dak Kakak pulang ke luar negeri.

Malam:
Dak Adik join baraan bersama kawan-kawan sekolahnya. Tak cukup malam, esoknya pun sama, berjalan sesaje dak Adik.

14 April 2024 - Ahad (05 Syawal 1445H)
dak Adik bersama kawan-kawannya


=====================================

15 April 2024 - Isnin (06 Syawal 1445H)

Pagi:
Sesi persekolahan kembali bermula selepas seminggu cuti Hari Raya Aidilfitri. MakBudak masih dalam mood bermalas-malasan nak kerja. 

Petang:
Sambutan Hari Raya Aidilfitri di kelas dak Nuha, dibuat secara potluck. Tahun ni, biasa je tak banyak gambar kenangan yang dikongsikan oleh guru kelasnya.

Sebahagian yang ada

Besar dah deme semua.

=====================================

Apa itu Baraan?
Baraan ialah istilah Jawa yang bermaksud berjalan atau ziarah beramai-ramai dalam kumpulan pada hari raya. Baraan adalah tradisi orang Jawa yang telah dipraktikkan sejak dari dulu lagi. 


Sedikit info
Pengertiaan BARAAN Masyarakat Jawa

Sumber: FB - Anak Jawa Pontian


Dulu.. di taman perumahan kami, pernah juga dibuat baraan dari rumah ke rumah tapi sekarang tak buat dah, hanya datang bila tuan rumah membuat jemputan rumah terbuka. Aku lebih selesa begini sebab penat hanya sekali dan aku ni bukan orang Jawa tapi merantau dan menetap di sini.

#RemajaPurba: ...

10 comments:

  1. seronoknya baraan...geng mak2 dekat kampung masih buat baraan...siap ada baju sama lagi, geng surau kidul, geng masjid ngarep lah... hahaha

    linda baraan dengan adik beradik, mak bapak ke rumah pakcik makcik je..

    ReplyDelete
  2. anak2 seronok kalau jalan2 ni.. baraan.. :D.. 1st time dgr istilah ni.. bukan xde kwn jawa tp mereka xckp jawa dgn kita :D

    ReplyDelete
  3. jalan2 raya ramai2..kannnn. yes..bahasa org jawa.

    ReplyDelete
  4. seronok Baraan tp penat lebih sikit lah hehehe

    ReplyDelete
  5. Salam Aidil Fitri buat aizamia dan keluarga

    ReplyDelete
  6. kat bandar dah jarang ada, kalau ada pun yg ada darah2 jawa je kalau org melayu mana kenal baraan ni... kt kampung masih ada lagi program gini meriah

    ReplyDelete
  7. Baru tahu baraan tu.. Dok ingat panas baran tu.. Yg tu tau la..

    ReplyDelete
  8. Hahaha, saya salah baca... ingatkan baran (2 harkat = baraa.....n)😅
    Terima kasih kongsi perkataan baharu untuk saya yang banyak tak tahu perkataan Jawa.

    ReplyDelete
  9. Baraan ... Berayaan la lebih kurang kan hihihii... Kalau baca tajuk sahaja mesti panas baran jadi nya hahahah

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...