Followers Remaja Purba

Monday, April 8, 2024

Iklan Raya RHB Bank 2024 - Lembaran Baharu (Inspirasi dari Kisah Benar)


Setiap kali musim perayaan, banyak pihak korporat, jenama fesyen mahupun produk tempatan tidak mahu ketinggalan dengan mengetengahkan iklan raya atau filem pendek kepada penonton seperti di SINI. Iklan-iklan yang ditayangkan pasti memberi kesan kepada mereka yang menontonnya, ditambah lagi ada antara iklan tersebut diinspirasikan dari sumber kisah benar.


Seperti iklan Raya RHB Bank 2024 ini.. 

Penggunaan Seksyen 294, Kanun Acara Jenayah.. Yang Arif, saya percaya OKT (Orang Kena Tuduh) telah pun mengaku bersalah. Jadi untuk hukuman Seksyen 380, yang membawa maksima tujuh tahun. Persoalannya sekarang, bolehkah kita pertimbangkan bahawa ini adalah kesalahan pertama pesalah. Ibubapa mana yang tidak teruja bila anaknya mendapat keputusan yang cemerlang.

Yang Arif, untuk kes ini, anak OKT telah mendapat nombor satu di sekolahnya. Jadi seorang ibu kepada anaknya. Jadi mahu tak mahu, suka atau tak suka, mahkamah perlu pertimbangkan bahawa OKT telah melakukan kesalahan di atas keterpaksaan kerana beliau tidak sanggup menyakiti hati anaknya.

Kadang-kadang kita tidak faham, perkara yang kecil dan tidak penting bagi kita, sebenarnya adalah segala-galanya buat orang lain.

Tapi Yang Arif, biarpun pihak OKT dikenakan hukuman di bawah Seksyen 294, saya percaya masih ada bon-bon yang boleh dikenakan ke atas beliau. Bon yang ingin saya cadangkan adalah Bon Berkelakuan Baik di mana pihak OKT perlu datang ke balai polis untuk menandatangani bon di sana pada setiap bulan.

Saya memohon dengan rendah diri, tinggi harapan dan terus memohon, dan terus memohon sehingga Yang Arif membenarkan Seksyen 294. Sekali lagi saya dengan rendah diri, tinggi harapan memohon Seksyen 294..

'Saya ingat itulah sahaja kesudahannya..

20 tahun kemudian..

RHB Bank 2024 - Lembaran Baharu

di SINI..
Kemajuan terzahir dari kemaafan yang membuka permulaan peluang baharu.


Diceritakan semula oleh Datuk Ahmad Zaharil

 di SINI..

Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar - Peguam
Beliau pernah membantu seorang wanita dalam kesusahan. Keikhlasannya memberikan wanita itu peluang kedua serta menjadi inspirasi kepada anak wanita tersebut yang mengikuti langkah Zaharil untuk menjadi seorang peguam.

#RemajaPurba: Salam Aidilfitri buat semua..

7 comments:

  1. Menarik jalan cerita base on true story....

    ReplyDelete
  2. Malaysia masih mempunyai insan2 yang baik seperti Datuk...insya-Allah...sedih Linda tgok iklan raya nie

    ReplyDelete
  3. iklan raya byk sedih syahdu tahun ni T___T

    ReplyDelete
  4. True story yang sangat memberi kesan pada kita semua.

    ReplyDelete
  5. Buat jenayah kerana susah. Peluang ke-2 perlu diberi.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah... sebak tengok iklan raya ni.. n byk lgi iklan raya yg mengundang sebak n sedih.. terutama tentang ayah.. :((

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...