Followers Remaja Purba

Friday, April 19, 2024

KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TAHUN 2023

 
KENYATAAN MEDIA
BERKENAAN
PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN
FARDU AIN (UPKK) TAHUN 2023



1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengumumkan tarikh keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) pada 18 April 2024 (Khamis) jam 11.00 pagi.

2. Ibu bapa/Penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon bermula pada 18 April 2024 (Khamis), jam 12.00 tengah hari melalui:
  • Laman sesawang di pautan https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan No. MyKad dan No. Angka Giliran; atau
  • UPKK<jarak>No. MyKad<jarak>No. Angka Giliran dan hantar ke 15888.

3. Ibu bapa/Penjaga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2023 penuh daripada pihak sekolah masing-masing bermula pada 19 April 2024 (Jumaat), jam 9.30 pagi.

Sekian, terima kasih.

DATIN PADUKA HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
12 April 2024

#upkk2023 
#malaysiamadani 
#pelanalfalah 
#kafa

=============================================


📌 19 April 2024 - Jumaat (10 Syawal 1445H)

Semakan Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2023 tengahari semalam:

Alhamdulillah..
Dak Nuha lulus, masih ada A di dalam tangan. 'Jangan sedih ye Nuha, Nuha dah buat yang terbaik, Nuha bukan tak usaha'. Masih jauh lagi perjalanan, kalah sekarang bukan bermakna kalah selamanya. Ada banyak lagi laluan, cabang untuk ditempuh. 

Petang ini, pihak sekolah akan mengadakan Majlis Pengisytiharan Keputusan UPKK 2023 di SRA di sini buat semua murid Tahun 6.

Harap dak Nuha tak meragam tak nak ke sekolah petang ni sebab pagi ni ada Kejohanan Merentas Desa di SK di sini 🤣

#RemajaPurba: Tahniah buat semua.

8 comments:

  1. Tahniah Nuha... Apa2 pun ibu ayah tetap bangga...
    Haisyh, anak bujang linda awal2 dah kabo tak nak p sekolah agama, pagi ada merentas desa... Dia cakap "takpelah ibu, isnin pun boleh ambik slip periksa"... 😏😏

    ReplyDelete
  2. Tahniah Nuha..betul gagal sekarang bukan gagal selama-lamanya..Acik doakan supaya Nuha dan rakan2 selamat maju jaya dalam apa bidang yang ditempuhi.

    ReplyDelete
  3. baru je abang ipar saya ada kongsi result kafa anak dia dalam group whatsapp family.. kongsi kegembiraan sbb dapat semua A..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah yg penting telah berusaha apa pun keputusan nya itulah yg akan diteruskan..
    Tahniah Nuha.. apa yg telah berusaha tiada istilah gagal.. tapi teruskan berusaha :D

    ReplyDelete
  5. Apa-apa keputusan yang terima, syukur... Alhamdulillah. Teruskan mengejar ilmu!

    ReplyDelete
  6. xpe nuha, ini sebagai permulaan.. insyaAllah masa masih panjang...

    ReplyDelete
  7. tahniah Nuha semoga terus cemerlang ye

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...