20 April 2023 - Khamis
Malam: Sesi pembakaran terbuka dibuat oleh en. Hubby
Ahli terlibat: dak Adik + dak Nuha
Pemerhati: MakBudak + dak Kakak
Lemang - en. Hubby.
Hanya untuk mereka yang telah membuat tempahan awal.
21 April 2023 - Jumaat (hari terakhir Ramadan)
En. Hubby masak lamb shank.
Dak Kakak masak hidangan untuk berbuka.
Aku: Gosok baju + mengemas segala keperluan untuk di bawa pulang ke kampung. Inilah cara mengelat dari bersilat di dapur. Bagi peluang pada anak dara menunjukkan skill memasak, gian katanya dah lama tak dapat pegang sudip kuali.
22 April 2023 - Sabtu (1 Syawal 1444H)
SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA DARI TEAM #MakBudak
Pagi Syawal: di rumah myMIL.
Tak cukup meriah kerana tidak cukup ahli mesyuarat tingkap.
Panas ting ting.. berpeluh tiak.
Ziarah jiran sebelah rumah myMIL.
Petang: Menuju ke selatan.
Lebuh raya sesak itu biasa tapi tidaklah luar biasa seperti tahun lepas - raya mengejut.
Ini lagi satu sempadannya
Lebuh raya tak sesak?
Bukanlah di sepanjang laluan, hanya di kawasan tertentu je.
Team Hitam
Ayah aku je takde dalam gambar ni.
Malam: Tiba di rumah maklong di selatan.
Musim perayaan macam ni, kau jangan kata nak diet bagai. Makanan dah ada depan mata takkan nak tengok je kan.
Hidangan utama selain tapai. Rasa nak bawa balik, tak nak kongsi dengan sesiapa.
23 April 2023 - Ahad (2 Syawal 1444H)
Meneruskan perjalanan beraya kami.
Sup tulang tak pernah mengecewakan setiap kali beraya ke sini. Layanan yang diberikan seperti kami ini anak mereka sendiri seperti kisah di SINI.. Terbaik.
Malas dah nak panggil en. Hubby ajak bergambar bersama.
Kita susun je selipar sebagai bukti.
Team Hijau
Ragam anak-anak mencari sudut menarik untuk bergambar.
Bukan senang nak tengok dak Adik bergambar macam ni.
Seterusnya, perjalanan diteruskan menuju ke Negeri Johor Darul Takzim. Singgah menziarahi mak saudara, kelihatannya tak sihat - minor strok. Sedikit terkejut kerana tiada khabar yang beliau sedang sakit. Memang sengaja tidak diberitahu pada semua rupanya.
Moga maklong cepat baik dan moga rutin harian dipermudahkanNYA.
Lokasi terakhir di Negeri Melaka.
Tak pernah tak berjaya ku bawa pulang kuih raya dari kampung. Sebalang dua mesti dalam tangan. Malu..? Tak sempat nak rasa malu, tuan rumah sendiri suruh bawak balik.. 🤣
Kudap-kudap sambil melayani kesesakan jalan raya.
Biasalah hari raya kan, semua nak berjalan raya.
Hari ini..
23 April 2023 - Ahad (2 Syawal 1444H)
Birthday dak Nuha
Ketika orang sedang bergembira, aku hampir terlupa.. Gila kau #MakBudak.. Birthday anak sendiri boleh lupa. Tapi takdelah terasa ralat sangat sebab empunya diri pun tak ingat.. Dok sibuk kira duit raya berapa dia dapat.. 🤣
Selamat Hari Lahir buat dak Nuha, anak bongsu yang tak nak adik lagi dah.. 🤣
#AnakNagaManja
24 April 2023 - Isnin (3 Syawal 1444H)
Hari terakhir beraya di kampung halaman. En. Hubby teringin nak makan asam pedas daging tetel. Gigih mencari di pasar dan minta Mak Busu masakkan. Rasa rugi pula tak tapau sikit bawa balik, aku cuma tapau rendang ayam je.
'Mira' ada di mana-mana.. 🤣
Penuh bergayutan buah-buah durian ni.
Inilah tuan tanah - PakBusu..
Buah rambutan baru nak berputik nun kat belakang tu.
Meriah sungguh buah durian PakBusu tahun ni.
Merata aku jumpa telurnya
3 Syawal 1444H - Salah Team ni.
Perjalanan balik ke rumah:
Memandangkan jalan menuju masuk ke lebuh raya sesak tak bergerak, kami mengambil kesempatan menukar muka depan telefon anak-anak terlebih dulu. MakBudak dengan Babah deme pun turut terlajak. Kebetulan ada pula cabutan bertuah yang akan diumumkan dalam masa seminggu lagi.
Moga aku antara yang bertuah memenangi hadiah yang ditawarkan.
Aamiin..
Antara laluan yang kami lalui untuk pulang ke rumah.
Jalan seperti ini lagi bahaya sebenarnya.. rambang mata tengok kiri dan kanan apa yang ada.
Menyambut Syawal di tepian pantai.
Bukan kami tapi mereka.
Aku tak boleh tengok signboard sebegini - laju je jemari nak ambil gambar.
Selepas mengharungi hampir lima jam perjalanan, akhirnya selamat mendarat di halaman rumah sendiri. Lima jam? Itu termasuk cuci mata di sepanjang perjalanan. Tak lama mana sebenarnya pun.
25 April 2023 - Selasa
Seharian berehat di rumah, masih dalam mood bercuti rehat.
26 April 2023 - Rabu
26 April 2023 - Rabu
Kesihatan diri:
Pemeriksaan ulangan selepas ujian darah diambil pada 17 April 2023 yang lepas. Alhamdulillah, semua berada di paras normal kecuali kadar kolesterol sedikit tinggi. Perlu kekal sihat dengan amalan pemakanan sihat - Ini doctor yang pesan.
Seharian berehat di rumah, masih dalam mood bercuti rehat.
27 April 2023 - Khamis
Kembali memulakan langkah bertugas di tempat kerja.
#RemajaPurba: Open House..?
No comments:
Post a Comment