Pemberian duit raya di Hari Raya Aidilfitri:
Setiap tahun, menjadi tradisi untuk aku sediakan duit raya buat semua my Anak Fruits termasuk anak sendiri. Tidaklah banyak mana tapi ada bahagian untuk mereka semua.
- Sumber dari en. X @Cikgu_Anep -
Saya harap masa raya ni ibubapa jangan normalisasikan budaya meminta-minta duit raya dalam kalangan anak-anak, lagi-lagi depan orang ramai. Kita tak tahu keadaan dan masalah orang lain. Kalau dia bagi, ambil. Tak bagi, jangan tanya-tanya. Kurang sopan bagi saya.
Macam dak Kakak, peluang untuk dia dapat duit raya semakin tipis sebab dia dah makin besar. 'Kakak dah besar, jadi kakak kena terima hakikat'. Dak Adik pun tak lama lagi akan lalui situasi yang sama macam dak Kakak. Pada dak Nuha pula selalu ku pesan, 'Nak tengok berapa ringgit yang dapat, tunggu dah masuk dalam kereta baru tengok. Jangan buka depan tuan rumah/orang tua'.
- sumber dari en. X @HausofHilton -
Orang yang tak pernah melalui kesusahan je yang akan anggap RM10 tu sikit. Maybe the 10 ringgit your friend or relative gave you is the only money they have and they are making ends meet.
Pernah dulu, di rumah terbuka kami, ada budak yang dapat duit raya dan terus buka.. 'Dua ringgit je..?' Aku bagi banyak itu sebab boleh bagi dekat ramai budak. Ikut bajet poket diri sendiri, berapa yang mampu kita nak bagi. Menu ala-ala kenduri disediakan buat tetamu, duit raya nak banyak, boleh pokai dibuatnya.
Dalam keadaan ekonomi sekarang, kalau dapat RM5 pun dah macam jackpot, apatah lagi RM10. Duit raya ni bukan untuk bertanding siapa yang paling banyak dan hebat dalam pemberian duit raya tapi sekadar untuk memeriahkan suasana. Tak dapat duit tapi kenyang dapat makan.. Alhamdulillah.
=============================
17 April 2024 - Rabu (08 Syawal 1445H)
Pagi hari..
Hujan lebat, ada laluan yang aku lalui telah dinaiki air. Sistem perparitan penyumbang utama jalan dinaiki air. Dari petang balik kerja semalam lagi hujan lebat, parit tak sempat nak surut, pagi ni hujan lebat kembali.
Hujan lebat tapi tidak berterusan ok lagi tapi jangan sampai dua tiga hari, boleh jadi seperti di SINI.. Nauzubillah min zalik..
#RemajaPurba: ...
betul tu...linda pun selalu tekan kan dekat anak2..masing2 dah bawa beg masing2..dapat je sampul terus simpan dalam beg...dalam kereta baru tengok...
ReplyDeletekalau dapat rm10 tu dah besar sgt nilainya untuk zaman sekarang nie...
rm2 pun Alhamdulillah, kalau kumpul2 pun banyak juga
kadang kak mak pak lak yg lebih2 bukan anak-anak pun. Sebab kalau kita tak ajar dia takkan meminta-minta. Kan ada siap mak pak up kt media sosial psl dpt duit raya singgit, dpt rm2 pastu dok cakap kata pencen, kata kete besar tapi bagi duit raya sikit. Dia tak tau ke yang tak semua orang tu hidupnya senang,... geram betul orang tak reti bersyukur
ReplyDeletebetul tu.. kita bagi ikut bajet poket kita setakat mana termampu..
ReplyDeleteAnak2 patut diajar bersyukur dan terima apa jua nilai duit raya yang dapat.
ReplyDeleteMoga hujan lebat tidak memudharatkan.
kan... bimbang sgt terkecil hati org yg xdpt bagi duit raya.. Ldy pula x bg anak2 bukak sampul raya.. lepas balik rumah, dah bercampur2 sampul tu baru bukak spy kite xtahu siapa yg bag rm2, rm5, rm10.. spy ht lebih tenang n gembira.. bila ade yg bg rm1/2 rasa sedih sgt2.. bukan sdh sb dpt duit sikit tp sedih sb rasa diorg xde duit tp tetap bg duit.. :((
ReplyDeleteMungkin lepas ni kena buat sampul raya transparent. Baru diorang tahu nilai dalam tu.
ReplyDeleteSetuju.. especially pd anak2 kita sendiri.. bila diberi ambil.. kalau tiada jgn ditanya..
ReplyDelete