Followers Remaja Purba

Wednesday, April 24, 2024

Ketika Orang Lain Sedang Bergembira


Semalam birthday dak Nuha di SINI.. 

Malam tadi, tiada kejutan kerana dak Nuha dah tahu setiap kali birthday mesti akan ada adegan potong kek dan dapat hadiah tapi tidak kali ini. Ketika mySIL datang rumah dengan kek, dak Nuha tertidur keletihan penat dengan aktiviti ko-kurikulum di sekolahnya. Makan malam pun tidak tapi bila dia bangun lepas aku kejutkan, terus mencari nasi di dapur.

========================================

24 April 2024 - Rabu (15 Syawal 1445H)

Semalam viral di media sosial di atas kejadian dua buah helikopter terhempas.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan 10 anggotanya terkorban dalam tragedi yang membabitkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Helikopter Fennec TLDM. Kedua-dua helikopter berkenaan sedang menjalani latihan raptai sempena Hari Terbuka Armada yang dijadualkan berlangsung pada 03 hingga 05 Mei 2024.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan agar sambutan Ulang Tahun dan Perbarisan Sempena Hari TLDM ke-90 dibatalkan dan digantikan dengan satu majlis bacaan Yassin dan tahlil doa selamat sebelum solat Jumaat di Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM. Lumut. Selaku Kapten Yang Dipertua TLDM, Sultan Sharafuddin dijangka berangkat ke majlis berkenaan.


Dalam masa yang sama, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi amaran kepada orang ramai supaya berhenti menyebarkan video nahas helikopter yang terhempas semalam. Di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998), sebarang penghantaran komunikasi yang boleh menimbulkan ancaman, menyakitkan hati dan mengganggu orang lain adalah satu perbuatan yang dilarang. Ini juga sebagai menghormati ahli keluarga mangsa yang sedang bersedih di atas kejadian itu.

- sumber dari SINI -


Ketika orang lain sedang bergembira, ada yang berduka dek kehilangan ahli keluarga. Kita yang membaca berita sedih 😭,, family arwah apatah lagi.

Moga segala urusan dipermudahkanNYA.
Moga mental dan fizikal family arwah kuat walau dah tak sekuat mana.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un 
( إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ)


#RemajaPurba: ...

6 comments:

  1. terkejut dengar berita tu semalam..
    semoga keluarga mangsa tabah dalam mengharungi dugaan ini...
    masa suami dalam perkhidmatan, kalau p ops memang berdebar je lah..

    ReplyDelete
  2. betul.. sedih sayu sejak semalam walau bukan keluarga saya :(

    ReplyDelete
  3. sedih... lebih2 lagi masih di bulan syawal.. stp kali syawal akan tyeringat2.. ya Allah, kuatkan hati mereka yg ditinggalkan.. ameeennnn

    ReplyDelete
  4. Innalillahiwainnailaihiraajiuunn!
    Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Amin.

    ReplyDelete
  5. Innalillaahi wa inna ilaihi rooji'uun. Sedih sangat, namun semuanya milik Ilahi.

    ReplyDelete
  6. Maut itu pasti, cuma kita saja tak tahu bila ia akan terjadi. salam takziah kepada semua keluarga mangsa..

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...