Setiap kali musim perayaan, jalan raya pasti akan mengalami kesesakan yang luarbiasa. Mental dan fizikal kena kuat dan bersedia dengan keadaan yang di luar jangka. Bagi mengurangkan kesesakan, Cadangan Waktu Perjalanan Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024 turut dikongsikan oleh pihak lebuhraya di SINI untuk pengguna lebuhraya.
Dalam suasana tersebut, kategori manakah anda bila balik beraya di kampung..?
- Tak sampai 30 minit tu kategori Brisk Walk.
- Tak sampai satu jam tu kategori Merentas Desa.
- Tak sampai satu jam setengah tu kategori Fun Run.
- Tak lebih tiga jam kategori Marathon.
- Lebih 12 - 22 jam kategori menetap dalam kereta.
- Kalau tinggal dengan orang tua kategori Home Run.
- Kalau sebelah rumah kategori lompat jauh.
- Kalau kurang 4 minit, kategori 4x100.
- Tapi kalau sempat habis lagu 'Balik Kampung' still legit nak panggil balik kampung 😆
Aku..?
Pagi raya Merentas Desa menuju ke rumah myMIL sebelum mengambil Marathon pulang ke kampung di selatan tanahair.
Awal pagi 3 Syawal 1445H, kami selamat sampai di rumah kerana en. Hubby mula bekerja. Alhamdulillah, dapat juga beraya walau tidak dapat berjumpa semua. InsyaAllah.. ada masa nanti aku kongsikan gambar raya mana yang ada.
Buat semua..
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Moga semua selamat dalam perjalanan..
#RemajaPurba: sambungan dari SINI..
Saya tak balik kampung tahun ni, suami kerja 🥹
ReplyDeletebrisk walk :D
ReplyDelete