Followers Remaja Purba

Monday, April 1, 2024

Bila Tersilap Percaturan ke Bazar Ramadan


Hujung minggu yang memenatkan.

30 Mac 2024 - Sabtu (19 Ramadan 1445H)

Malam..
Selepas berbuka puasa di rumah mySIL, kami mengambil peluang ke bazar Ramadan di tengah bandaraya di sini. 

'Hari ini orang dah gaji, jalan mesti sesak'.
Rasanya lebih dua jam berhadapan dengan kesesakan jalan raya yang teruk, hujan pulak tu. Bila dah hampir sampai di lokasi, jalan tersebut tidak boleh dilalui oleh kenderaan. Memandangkan jalan yang sesak teruk dari semua arah, kami mengambil keputusan untuk pulang sahaja.

Selepas berjaya 'menyelamatkan' diri, kami terus menuju ke bazar Ramadan di bandar di sini. Nampak meriah walau ketika itu dah pukul satu pagi Alhamdulillah.. apa yang kami nak beli, semua ada di sini. Lega dalam kepenatan.

Sebelum balik, kami singgah di kedai makan untuk bersahur. Tak larat dah nak hadap dapur untuk menyediakan juadah bersahur.  


31 Mac 2024 - Ahad (20 Ramadan 1445H)

Jika semalam kami berbuka puasa di rumah mySIL, hari ni berbuka pula di rumah myMIL. Sebelum kami bergerak menuju ke rumah myMIL, sempat singgah di shopping malls di situ. Pergi ketika waktu kemuncak, orang ramai memang susahlah nak dapat parking. En. Hubby mengambil keputusan parking di deretan kedai di seberang jalan shopping malls di situ. Senang.

'Ini pun sebab ibu korang nak tukar buku je, babah sanggup datang sini'.

Aku ke situ sebab nak buat pertukaran novel yang aku beli minggu lepas kerana terdapat kesilapan pada helaian cetakan novel tersebut. Ada muka surat tiada dan ada muka surat berulang. Bersyukur resit pembelian aku simpan yang mana turut memudahkan urusan ketika itu. Kakitangan kedai berkenaan melayan aku dengan baik dan sama-sama turut memeriksa novel sebelum ditukar kepada yang baru.

Alhamdulillah.. selesai.

Petang..
Setiap kali berbuka puasa di rumah myMIL, chef Hubby yang akan masak. Kali ni, anak dara yang bantu babahnya, MakBudak betul-betul penat. 'Ibu korang mengalahkan babah penatnya, dalam kereta duduk sebelah je kot. Babah lagi penat sebab pandu kereta'🤣

- Asam Pedas Ikan Siakap -
Sayur bendi kena letak banyak sebab anak-anak suka.


Berbuka puasa di rumah myMIL tak pernah tak meriah. Ada pelbagai juadah tersedia, baik yang dimasak oleh chef Hubby mahu pun yang dibeli. Jangan tanya mana gambarnya, nak makan lupa terus nak ambil gambar.

Selesai semuanya, kami beransur pulang. Sempat aku tapau asam pedas bawa balik. 🤭

#RemajaPurba: ...

8 comments:

  1. org pompuan mmg cmtu tiap kali dlm kete mmg akan penat lebih pd org yg drive hahaha

    ReplyDelete
  2. Untungnya suami pandai masak.

    ReplyDelete
  3. seronoknya, dulu sblom kahwen ingat ada la peluang merasa ada mertua..sekali xde daaa...mertua dua2 dah takde lama dah...

    ReplyDelete
  4. Ujung ujung ramadan ni memang ramai .. bersesak sana sini

    ReplyDelete
  5. Kalau sesak dengan orang ramai memang menggangu emosi betul... tapi Alhamdulilah dapat beli yang nak tuuu

    ReplyDelete
  6. Betul time dah gaji, suasana di mana2 jadi sesak sikit tapi meriah. Buka puasa ramai2 memang best kan.

    ReplyDelete
  7. Kita malas nak berbuka rumah MIL sebab kalau kta ada kita yg kena masak hahahah :P

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...