19 April 2024 - Jumaat (10 Syawal 1445H)
Pagi..
Hampir kebanyakkan sekolah turut mengadakan Kejohanan Merentas Desa hari ini, termasuklah sekolah dak Nuha di SK dan dak Adik di SMK di sini. 'Kalau tak larat berlari, jalan je, jangan paksa diri'.
Petang..
Walau penat + kaki sakit, dak Nuha tetap ke sekolah untuk mengambil keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK) di SINI.. Tahniah Nuha..
Lewat petang, diajakku ku pergi mengurut di mesin urut badan di kedai dobi di sini. Ku layankan aje dari dengar dia merengek-rengek dalam keadaan aku yang penat ni.
Malam.
Penat tak hilang lagi, kami dah kena gerak pergi ke rumah adik en. Hubby kerana deme request en. Hubby masak untuk majlis pertunangan yang akan dibuat di sana.
Aku..?
Penat..
20 April 2024 - Sabtu (11 Syawal 1445H)
Pagi..
Semua sibuk dengan tugas masing-masing.
Tengahari..
Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik seperti yang deme rancang. Gambar..? Maaf. Tiada sebab malas nak ke depan ke belakang dengan handphone di tangan.
Petang..
Hujan turun dengan lebat disertai dengan angin kencang, mungkin kerana kawasan perumahan itu kawasan baru dan berdekatan dengan bukit. Syukur khemah utama tak patah cuma teralih sikit, hanya khemah di bekalang rumah je patah riuk tak dapat diselamatkan.
Gambar diambil oleh mySIL 'penat betul ni'
Malam..
Sebelum kami beransur pulang, sempat deme bermain mercun dan bunga api. 'Ni kalau abah ada, cucu-cucunya tak merasa ni semua'. Walau bunga api dan mercun hanya yang biasa tapi kami tetap pantau anak-anak yang main.
Alhamdulillah.. selesai sudah.
Tengah malam..
Kami selamat tiba di rumah, tak sabar nak tidur. Selesai mengemas, selesai membersihkan diri, tak pandang lain dah selain bantal busukku.
21 April 2024 - Ahad (12 Syawal 1445H)
Berehat di rumah, tiada aktiviti di luar rumah. Masing-masing nak pulihkan tenaga.
#RemajaPurba: ...
Kepenatan sangat tu. 😂
ReplyDeletebaby pun kepenantan merentas desa juga? :D.. comey sungguh bby tidur...
ReplyDeleteyang baju pepel tu pun sama penat...comel je haaa...
ReplyDeletegeramnyaaa si montel tu penat betul dia ehee~
ReplyDeletezaman merentas desa skrg ni
ReplyDeleteMemang penat beraya dan melayan tetamu datang beraya tapi seronok kan.
ReplyDeleteAha, banyak sekolah adakan program merentas desa secara serentak.
ReplyDeleteSekolah kami batu buat acara merentas desa pagi tadi.
ReplyDelete