Followers Remaja Purba

Sunday, April 7, 2024

IKLAN RAYA 2024 - BETO KUSYAIRY


Setiap tahun, pelbagai iklan raya dihidangkan di media massa. Kreativiti yang ditampilkan mempunyai makna tersirat yang mampu menambat hati penonton. Jika dahulu, iklan-iklan raya daripada Petronas antara iklan yang dinanti kerana mesej yang disampaikan mampu mengusik hati mahupun mengundang tawa.

Kini, banyak syarikat korporat, jenama fesyen, produk tempatan tidak mahu ketinggalan dengan mengetengahkan iklan raya atau filem pendek di media massa. Bertambah menarik bila pelakon terkenal membintanginya menjadikan ia berada di tahap yang berbeza.


BETO KUSYAIRY antara nama besar menjadi pilihan aku. Tahun 2024 ni, beliau tapau habis iklan raya   Antara iklan raya yang memaparkan lakonan mantap beliau yang aku suka..

Iklan Raya Adabi 2024 - POTRET

'Luth.. Luth buat apa tu? Semua tempat nak dicontengnya'.
'Biarlah.. Itukan perangai mak dia masa kecik-kecik dulu..'
'Ha..! Dulu mama pun suka conteng ke atok..?'

20 Tahun dahulu..
Habis satu rumah dikerjakan. Masa tu memang bahagia. Semuanya Indah, takde masalah.. tapi semua itu tak lama. Emosi dah mula menguasai semua. Semua benda pun salah. Aku jadi benci dengan dia. Semua.. kini sudah takde makna. Apa yang aku bina musnah macam tu je.

Hidup kami dah mula berubah. Hanya fikirkan diri sendiri sahaja. Tiada siapa yang hendak mengalah, yang tinggal hanya ego yang meninggi. Tanpa aku sedar, anak aku yang menjadi mangsa. Dulu kami ceria, sekarang.. semua menderita.

Sampailah hari tu, aku langsung tak kisah dengan muka Hannah. Itulah juga kami pertama aku nampak dia betul-betul kecewa. Malam itu, merubah segalanya. Aku tak sangka banyak yang aku terlepas selama ini. Ada perkara yang perlu aku betulkan. Kami mula melihat dari sudut berbeza tanpa tahu apa yang akan terjadi nanti. Kini, kami hargai apa yang kami ada.

Sekarang..
Betulkan.. kadang-kadang hidup ni tak selalunya indah macam lukisan. Ada yang ceria, ada yang suram tak berwarna. Namun, bahagia datang apabila kita jumpa satu titik sama dalam beza. Macam itulah kehidupan, ada masa kita putus asa, ada masa kita penat dengan semuanya.

Adabi Malaysia Official di SINI..
Choose Happiness. Whatever you decide to do, make sure it makes you happy!

'Plot twist main jiwa lagi..'

Tapi walau apa pun alasannya.. Jangan..! Jangan biarkan emosi meruntuhkan hubungan keluarga. Yang berpisah itu mungkin dua jiwa tapi rasa kasih sayang itu kekal ada kerana ini POTRET kita. Kita yang cipta.

==================================================

Iklan Raya Elrah Exclusive 2024 - Tak Pernah Suka Mak
Filem pendek ini adalah berdasarkan kisah benar pengasas Elrah Exclusive, El Azman.

Elrah World di SINI..
'Orang nak sangat peluk Mak bang.. kejap pun jadilah abang..'

Lakonan mantap Beto Kusyairi dan Sharnaaz Ahmad - MakBudak suka..

'Banyak menda yang Hang tak tahu. Kalau Hang nak tahu, maklah yang tak pernah berhenti berdoa untuk Hang'.
'Abang tau tau? Orang sekarang ada semua. Apa orang nak, orang boleh dapat. Tapi satu benda je yang orang tak boleh dapat bang. Orang nak sangat peluk Mak bang..'

Kasih sayang perlu dibahagi sama rata dengan tidak melebihkan salah seorang dari anak-anak yang ada supaya mereka tak rasa tersisih. Mak tetap mak dan kita hanya akan terasa bila dia dah tak ada di depan mata.

==================================================

AGROBANK Raya 2024 - Janji Amir

Iklan raya di SINI..
Selagi berpeluang, selagi ada. Hargailah ibubapa.
#JanganSampaiRalat

'Kenapa dia jadi macam tu?'
'Dia ralat.. rasa ralat dia tu sampailah ke hari ini'.

==================================================

Iklan Raya BHPetrol 2024 - Duit Raya Fazli

Iklan raya di SINI..
Percayalah.. kasih sayang tiada nilai
Stesen ini yang ajar aku betapa payahnya nak jadi seorang bapa.

'Selama ni dia tak pernah tunjuk yang dia dia susah atau tak cukup. Aku tak boleh bayangkan apa yang dia rasa bila dia mintak duit dekat aku masa tu'.

==================================================

Iklan Raya FURVIT 2024 -Bahagiakan Raya

Iklan raya di SINI..

Kasih sayang Tuhan ada di mana-mana. Kadang-kadang ujian diberi bukan untuk kita terus jatuh tapi untuk kita belajar jadi lebih baik, bahagiakan yang lain untuk kita lebih bahagia.

Sayang si kucing di bawah pondok,
Sekembang seri si bunga senduduk,
Selamat Aidifitri semua penduduk,
Sama memberi samalah elok.

==================================================


Sebenarnya banyak lagi iklan-iklan raya dan filem pendek yang menarik di media massa. Ada yang lucu tapi banyak yang bermain dengan jiwa. Bukan setakat sebak, boleh sampai tahap menangis impak dari lakonan mereka. Sama-samalah kita mengambil iktibar dan pengajaran disebalik kisah yang cuba disampaikan di dalam setiap iklan yang dipaparkan.

Tahniah buat semua syarikat korport, jenama fesyen, produk tempatan yang sama-sama memeriahkan suasana hari raya bagi tahun 2024. 

#RemajaPurba: ...

3 comments:

  1. Banyak lagi yg tak tgok rupanya... Hihihi.. Yg paling kelako, iklan takaful kot.. Yg amy mastura tu

    ReplyDelete
  2. Menyentuh hati, mata terus masuk habuk >> Iklan Raya Elrah Exclusive 2024 - Tak Pernah Suka Mak

    ReplyDelete
  3. Betul-betul sedih, saya bagi 100% lakonan beto, teringat pada arwah ayah dan mak yang telah pergi hampir 20 tahun. Andai ada mesin masa! harganya 1 juta pun saya akan beli utk betulkan semua kesilapan.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...