Banyak kenangan tercipta sepanjang hampir empat tahun aku bekerja di situ. Kenangan paling manis ketika itu adalah aku antara mereka yang dapat terbang ke awan biru menuju ke Langkawi, Kedah sempena satu kejayaan yang berjaya diperolehi oleh tempat kerjaku ketika itu. Inilah kali pertama aku menaiki kapal terbang. Indahnya kenangan itu.
Perkhabaran duka daripada keluarga Mantan Chief Executive Officer yang pertama di tempat kerja lamaku telah kembali ke rahmatullah sebelum waktu Maghrib di Solok Padang.
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un
Tempoh Berkhidmat: 15 Mei 1997 hingga 20 Julai 2005
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Ya Allah, ampunilah dia, belas kasihanilah dia, hapuskanlah dan ampunilah dosa-dosanya.
Salam takziah buat keluarga arwah dan berikanlah kesabaran kepada ahli keluarganya serta moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
SEMARA KAFI (Cinta Sempurna)
Seorang yang disayangi tanpa syarat
Endahnya luar biasa dalam bahari ilmu
Mempunyai sisi yang membuat jurang sirna
Ada waktu serius semua memberi tanda hormat
Ramadan syafak Dia memanggilmu berehat abadi
Ada yang menerima tenang juga menitiskan air mata.
Kami menyayangimu ikhlas bagaikan ayah sendiri
Alam yang dikau berada kini terpisah sementara cuma
Filantropi yang dikau ajarkan untaian pahala berterusan
Inilah cinta abadi buat pemimpin sejati tiada galang ganti.
-umizahan-
#RemajaPurba: Ketua yang baik pasti disenangi dan disayangi
salam takziah..perginya di bulan Mulia...
ReplyDeletesemoga keluarga arwah tabah menghadapi ujian ini..aamin
Salam takziah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan para solihin aamin 🤲
ReplyDeleteInnalillahwaiinalillahirojiiun..al-fatihah. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
ReplyDeleteal-fatihah.. moga arwah ditempatkan bersama org-org soleh aminnnn
ReplyDeleteturtut berduka...
ReplyDelete