Followers Remaja Purba

Thursday, October 16, 2025

NOSTALGIA - SETERIKA ARANG


Aku datang dari keluarga susah, tinggal di kampung — dibesarkan oleh arwah atok dan uwan aku sementara mak dan ayah aku bekerja di bandar mencari rezeki. Ketika orang lain telah menerima 'air dalam besi, api dalam kaca' tapi kami masih lagi menggunakan lampu pelita, gasolin, mandi pula di perigi tapi aku tak pernah mengeluh. Aku tak pernah rasa kurang, baik dari segi tempat tinggal mahupun kasih sayang. Cucu kesayangan..

Kawasan nak masuk ke rumah kami agak ke dalam dan hanya motosikal yang boleh lalui tapi walau tiada kemudahan elektrik, aku masih lagi pergi ke sekolah, pakaian pun tidak berkedut seribu, arwah atok dan uwan aku pastikan aku dan adik aku tidak tertinggal pelajaran.

'Air dalam besi, api dalam kaca' — telah dipasang sewaktu aku di sekolah menengah. Waktu ini aku telah berpindah ke bandar mengikut mak dan ayah aku. Bertukar sekolah di bandar tapi jiwa aku tetap budak kampung. Arwah atok dan uwan aku sempat merasa kemudahan yang diberi sehingga ke hujung nyawa. Al-Fatihah..


Bila tiada kemudahan elektrik, macam mana nak gosok baju?
Aku tetap menggunakan seterika cuma bukan seterika elektrik seperti sekarang ini. Seterika yang aku gunakan - Seterika Arang.


Seterika Arang


Arang yang telah dibakar dimasukkan ke dalam ruang ini.
Kena sentiasa kipas untuk elakkan arang dari cepat padam.
Kalau padam, seterika tak panas dan baju berkedutlah.


Aku..?
Tugas menggosok baju ketika menjelang Aidilfitri untuk semua ahli keluarga termasuk family adik-beradik mak aku adalah milik aku. Tak ingat umur berapa tapi dari sekolah rendah aku telah diajar menggosok baju menggunakan seterika arang ni. Letih tapi seronok sebab sambil kena bahang seterika tu, bahang raya pun turut terasa. Betapa tinggi rasa percaya semua orang terhadap aku waktu itu. Alhamdulillah.. tiada baju rosak — gila kau kalau baju raya rosak, mahu sepanjang hayat aku jadi bahan ungkitan.

Tapi.. selepas arwah uwan aku meninggal, cari semula seterika tu dah tak jumpa. Aku tak tahu siapa yang ada menyimpannya. Sedih..

@RemajaPurba: Sumber gambar dari en. Google.

2 comments:

  1. barang antik nie..pernah pergi rumah kawan, parents dia memang simpan barang2 antik..jadi pernah la nampak seterika arang nie

    ReplyDelete
  2. Bestnya aiza merasa pakai iron arang tu.....kakmieja hanya dengar mak bercerita zaman dia kecil pakai iron arang ni

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...