Di Negara kita ni, pelbagai jenama beras ada dijual. Baik yang murah mahupun yang mahal. Masing-masing dengan citarasa tersendiri.. Ada yang suka beras wangi, ada yang suka beras biasa malah ada juga yang jarang berpeluang dapat membeli beras..
Kiranya ketika aku mengandungkan dak Nuha ni, selera aku bertukar 360 darjah. Biasanya aku tak kisah dengan beras yang biasa Hubby tapi kali ni aku teringin nak rasa beras yang agak mahal dari biasa.
DAN.. lagi beberapa hari nak bersalin aku ada tanya pada hubby mengenai beras Serindit. Akhirnya minggu kedua dalam pantang hubby bawa balik beras tu.
Rupa-rupanya hubby order dari member dia yang outstation ke Kota Bharu.. wah.. dan hasilnya.. hari ni aku dan anak-anak akan merasa nasi dari beras itu. Alah.. bukan selalu dapat merasa pun.
psstt: Aku letih sangat-sangat ni tak cukup tidur.. dak Nuha boleh buat marathon pulak awal pagi tadi taknak tidur..
last psstt: Aku bersyukur padaNYA atas rezeki yang diberikan hingga mampu membeli apa yang diingini.
31 comments:
sy pun x kisah sgt pasal beras.. macam2 jenis dh guna.. tp sejak awal tahun aritu terjatuh cinta lak ngan beras jasmine moly.. beli pun masa ader offer.. mmg murah la jugak..
Walaupun suami kakcik bekerja dengan syarikat berkaitan padi dan beras, mani makan nasi dari beras yang biasa2 saja.
Tapi, kakcik sayang nak masak beras bario... ;-)
Amin...alhamdulillah.....hajat tercapi ye....
alin pun tak kisah sangat pasal beras. yang penting sehari mesti makan nasi.. ;)
Best ke beras Serindit tu? beras wangi? or basmathi? Memang kat KB aja ke jual
anum pun sama
asalkan leh makan
ct rahani:
sama sebenarnya cuma itu kenangan masa preggy dak Nuha.. ;)
kakcik:
wah.. tak pernah lagi rasa beras bario.. ;)
Asyifa Mustaffa:
Alhamdulillah dapat jugak.. ;)
alin:
nasi mesti ada, kalau tak ade rasa macam tak lengkap..
Daddy Ziyyad:
dah makan tadi.. emm.. biasa je kut sebab tekak ni dah suka beras wangi.. lagi sedap.. ;)
Daddy Ziyyad:
Beras Serindit tu dari Thailand.. ;)
Anum:
sebenarnya tak kisah pun tapi sejak preggy hari tu dah terbiasa dengan beras macam tu.. hehehe.. gedik je tekak ni..
Mak sy klu blk Ganu, mst import bwk blk beras Thailand. Tp bukan jenama Serindit la. Ade la jenama2 ape ntah, sy pun lupa. Haruslah sy pun ikut jejak langkah dia, beli beras sana...hahahah~!
Pok Amai-Amai:
Sesekali nak try beras dari sana pulak.. ;)
kat umah sy guna beras biasa jer... kalau nak makan beras mahal ni... sekali sekali oklah... :)
Hiii!!! Farisha datang melawat blog awak. Nak jemput kamu sertai segmen Farisha --> http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2012/05/segmen-blogwalking-follower-diari.html
biasalah.. time peknen.. mcm2 tekak tu tingin kan.. hihi
beras siam tu. sebab tu mahal. kalau balik kampung, memang merasa la makan beras ni
saya pun masi belum dapat bayangkan kalau isteri yang saya mengidam... takut mengidam yang bukan2 dan d luar kemampuan saya kelak.. ehehehe...
Time mengandung mintak apa pun msti ditunaikan, jgn kata beras, nak makan apapun boleh hihi
hehe sy belasah jer beras apa..yg pasti masa ngandungkan risya sy tak boleh bau nasi yg tengah masak tu..nak muntah
beras yg snang dpt d kelate ni..hehe
ai bg la email, nnti wani invite k :)
Makchaq pun tak kesah beras apa yang penting nasi,
tapi semenjak pakchaq kerja di utara ni dia selalu jugak bawak balik beras siam, tapi tak wangi..
pegnen dulu saya addicted to cekelat and vanila coke.... seb baik murah jew n senang dapat... heee
beras ni nak kena isi air banyak sikit...tapi memang sedap..
beras jati cap kapal layar.. beras pilihan anda :)
first time cik ina dengar beras serindit.burung serindir pernah cik ina dengar.
teringat arwah ayah makan beras taj mahal, mahal tawar sesuai utk orang diabetis. 5 kilo tahan sebulan beras dia letak air banyak mana pun tak akan keras.
ade beza ke rase beras2 tu kak? rase sume beras jadi nasi same je.. or maybe sebab tak reti nak beza rase beras kot.. huu
beras serindit menang best. Blk kelantan mesti beli
sdp ke beras serindit ni? ohh..agaknye kalo sy mengandung pn mcm tu jugak kot haha gedik :D
rumah MIL munna mmg pakai beras ni hari2..... habis je mulalah call abg ipar disana suruh hantar beras
You have some genuinely beneficial information composed here. Good job and keep posting good stuff.
As salam Saya ada jual beras siam packing 5kg (cap jambatan) Lokasi berhampiran Pasar Borong KL Harga RM16.50 Call/sms :01115672100(fikri)
Salam tuan...di sini sy ada menawarkan beras siam cap arnab mas untuk diniagakan
Kandungan beras 5% hancur dan 100% original (tiada campur mcm beras bernas)
Packaging saya adalah beg 10kg dan 50kg. harga adalah RM35 utk setiap 10kg (boleh nego lg ikut volume)
Sy menawarkan perkhidmatan COD di kawasan sg buloh, selayang, subang,n shah alam.
Untuk penghantaran di sekitar lembah klang (selain kawasan di atas) perlu order 50kg ke atas.
Saya sangat alu2 kn anda untuk menjadi reseller dan kpd pemilik2 restoran yg ingin bertukar menu kepada beras siam ini.
Sebarang pertanyaan/ kemusykilan boleh terus hubungi sy (wassap) faridzul 013-6757045
Post a Comment