Followers Remaja Purba

Friday, July 8, 2011

Sesi PemBERSIHan

Macam biasa dari office 5.35 petang.. Jalan sesak kat area P.J ni memang standard, hari-hari memang macam tu cuma kali ni polis trafik yang jaga kat bulatan Jalan Othman tu hanya memantau pergerakan sahaja.. Biasanya selang-seli diberi laluan tapi tidak tadi..

Lepas dah masuk NPE, lega dah.. Dalam lega tu risau tetap ada sebab lepas 6.30 nanti aku nak masuk Federal Highway untuk meneruskan perjalanan balik ke rumah..

Penat pandu di PJ tak hilang lagi, tengok pulak dari tol NPE menghala ke Sunway dah sesak teruk + padat, penuh dengan lautan kenderaan..

Lepas dah ambil anak (dak kakak balik sekolah dan adik di rumah pengasuh), perjalanan dimulakan.. Tawakkal je, takkan aku nak tunggu malam baru balik, aku rasa lagi teruk jem nya nanti..


Federal Highway:
Kesesakan teruk melanda di laluan menghala ke Kuala Lumpur.. Polis buat sekatan hanya buka satu laluan je.. DAN laluan dari arah PJ ke Shah Alam lancar sehinggalah aku susur Subang menuju ke NKVE.. Penuh yakin berdesup aku pergi.. Masuk je NKVE, terdiam tak terucap dengan kata-kata.. Masa ni tak guna dah kalau ada turbo besar mana sekalipun, kereta rapat dan slow.. Aku tak tahu apa motif laluan paling kiri ditutup ketika hampir susur Bukit Jelutong.. Sekatan dari arah Klang menuju ke Subang..

Kesian pada mereka yang balik kerja terperangkap dalam kesesakan jalanraya yang luarbiasa tadi.. DAN berdasarkan keadaan tadi aku, terus kusalurkan maklumat kepada hubby sebab dia on the way balik dari Penang.. Rupa-rupanya keadaan hubby lagi teruk.. Dah sampai Rawang tapi terpaksa berehat sekejap tak larat nak teruskan perjalanan.. Kesiannya dahlah dari Penang..

Gara-gara BERSIH akan diadakan esok, rakyat jelata terpaksa menanggung kesulitan..



psstt: Aku nak claim duit minyak + massage kaki aku yang penat menekan pedal..

12 comments:

  1. perghhh berat gak dugaan neh huhu..arap2 aman besok..

    ReplyDelete
  2. aa nanti claim dekat polis.hehe

    ReplyDelete
  3. Syuxer:
    semua nakkan keamanan tapi sikit sebanyak esok tak banyak sikit pasti berlaku kekacauan..

    ReplyDelete
  4. frometoyou:
    lupa pulak nak amik resit isi minyak..

    ReplyDelete
  5. betul gak .. claim je kat polis. apesal nak tutup jalan . tak yah la nak rodblock.. pendatang haram masuk tak kisah pun..
    inikan pula rakyat tempatan

    ReplyDelete
  6. Topik hangat kat fb hari neh, sana sini sume org duk update pasal jem neh..

    ReplyDelete
  7. salam aizamia, singgah dari blog pinky momma nak joen the club .. (dah joen pun hehe...)jom berkenalan yuk!

    ReplyDelete
  8. naya kaki pijak2x pedal tu..:huh

    nasib msa terperangkap tu minyak kreta ok + kondisi perut stabil..

    kalau nak tkencing @ buang hajat besar??

    cnnot imagen it! lol

    ReplyDelete
  9. huhu betol tu..adik KH semalam tal bergerak trapped kt jalan 3 jam lebih..nak smpi ke tol gombak dr RnR gombak yg dekat je tu pun makan masa smpi 5 jam..huhu

    ReplyDelete
  10. bersama kak Es:
    demi keamanan kita rakyat sendiri terpaksa terima keadaan hari ni..




    ceni:
    itulah kak.. klik sana klik sini semua pasal jalan sesak..

    ReplyDelete
  11. Lizan:
    alah.. malu2 pulak.. ;)




    Penggemar Coklat:
    betul tu.. nasib baik anak2 tak meragam nak ke toilet, kalau tak haru dibuatnya..

    ReplyDelete
  12. Kalamhati:
    memang kesian dan ramai yang stress marah pasal menda ni.. :(

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...