Followers Remaja Purba

Thursday, August 28, 2025

OGOS BULAN KELAHIRAN DAK ADIK



Selamat Hari Lahir M Qawiem A a.k.a MQA | Happy Birthday to you Adik
Moga rutin harian dipermudahkanNYA


58% of the year is gone.
42% is still yours if you take action now.
Most people will wait for 'someday'.
Be the one who starts today.


28 Ogos 2025 - Khamis (04 Rabiulawal 1447H)

Dak Adik..
Hari ini usiamu bertambah, tanggungjawab pun ikut sama. Jauh di rantau, dekat dalam doa. Belajar bukan sekadar untuk diri sendiri tapi untuk masa depan yang lebih baik.

Merantau mengajar erti berdikari. Tiada lagi suara ibu mengejutkan waktu pagi, tiada lagi tangan untuk disalam. Semua kena urus sendiri — dari mengemas bilik hingga mengurus masa. Dunia luar tak selalunya manis tapi di situlah kamu belajar jadi lelaki sejati. Ingat, asal-usul jangan dilupa, dan nama baik keluarga itu bukan sekadar dibawa di kad pengenalan tapi di setiap perbuatan.

Selepas ini, pasti lebih banyak cabaran menanti di luar sana, dengan pelbagai ragam manusia yang akan ditemui — berkawanlah dengan orang yang baik. Jika kita menginginkan pengakhiran hidup yang baik, maka dekatilah mereka yang membawa kebaikan. Sekiranya sudah jelas seseorang itu tidak baik, jauhilah segera. Ingatlah.. salah memilih kawan boleh merosakkan kehidupan.

Teruskan berjuang. Ilmu itu bekal, maruah itu pelindung — bawa dua-duanya pulang. Merantau mencari ilmu, jangan sampai hilang adab.

Belajar rajin-rajin, jaga nama baik dan jangan lupa ibu sentiasa tunggu khabar..

@RemajaPurba: Luahan hati di [SINI]

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...