Followers Remaja Purba

Friday, March 29, 2024

PERISTIWA NUZUL AL-QURAN dan BEKALAN AIR


Bekalan air dah mula ada sejak tengahari 27 Mac 2024 seperti di SINI.. Namun, tekanan air masih lagi rendah kerana air belum naik hingga ke tangki utama rumah. Tangki hampir kering tapi dak Kakak dapatlah tadah air sebagai back up andai kata tiba-tiba terputus kembali. 


28 Mac 2024 - Khamis (17 Ramadan 1445H)
Cuti umum - Hari Nuzul Al-Quran

Bangun sahur, masih lagi tiada air di dalam tangki utama. Nak tadah air..? Bukan air bersih yang keluar. Mesin penapis air, awal lagi aku tutup, hanya ku buka bila air kembali jernih. Hampir tengahari baru air memasuki ruang tangki utama rumah tapi dia punya warna - oren berkarat.

'Ibu, boleh ke cuci muka guna air tangki ni?' Adu dak Nuha.
'Nuha guna air yang kakak tadah tu'. Nasib baiklah masih ada air simpanan.

Basuh baju? 
Lewat petang sebelum berbuka baru basuh, selepas yakin bukan air berwarna yang keluar. Alhamdulillah.. lega, air dah kembali pulih dan tidak lagi berwarna.

Malam..
Hujan lebat tapi sekejap, 'hujan lalu je ni'.. Terasa bahang kembali selepas itu.


29 Mac 2024 - Jumaat (18 Ramadan 1445H)

Pagi ini.. Sahur.. 
Masih ada beberapa rumah jiran yang mengalami tekanan air rendah yang mana hanya di pili luar rumah yang ada. Kena mengangkut air dari luar ke dapur tambahan pula tangki air utama dah kering. Aduan telah dibuat dan moga semuanya selesai secepat mungkin, memandangkan hari ini telah memasuki hari keempat.


Sedikit catatan berkaitan PERISTIWA NUZUL AL-QURAN.

Nuzul Al-Quran membawa maksud: Penurunan Al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir, Nabi Muhammad SAW. Antara tujuan Al-Quran diturunkan ialah untuk tadabbur kandungannya sebagaimana firma Allah SWT:

(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahail Muhammad), - Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. (Surah As-Sad: 29) di SINI..


Apa itu Nuzul Al-Quran?
Peristiwa pertama kali diturunkan ayat Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW dan berterusan secara berperingkat sehingga menjadi lengkap.

Bila?
Kali pertama berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan ketika usia Nabi Muhammad SAW 41 tahun.

Di mana?
Berlaku ketika Nabi Muhammad SAW sedang beribadat di Gua Hira'.

Tempoh penurunan?
Secara beransur-ansur selama 23 tahun.

Apakah ayat pertama yang diturunkan?
Ayat Al-Quran yang mula-mula Allah turunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibrail ialah Ayat 1 - 5, Surat Al-'Alaq.


#RemajaPurba: ..

13 comments:

  1. dekat Rawang hujan lebat juga, pg td tgok dekat FB banjir kilat dekat tol Rawang katanya...semoga dipermudahkan semua urusan kita..aamin

    salam Nuzul Quran juga

    ReplyDelete
  2. Menguji betul bila tiada air ni. Semoga dipermudahkan ye...

    ReplyDelete
  3. moga dpermudahkan urusan bekalan air dirumah TT nih., aminn

    ReplyDelete
  4. sgt susah la jika x dok air paip di rumah. Semoga keadaan sudah pulih.

    ReplyDelete
  5. Tip kalau tak nak air keruh jangan buka pili terus bila air mula-mula datang tu seeloknya tutup meter dulu tunggu dalam setengah jam atau lebih baru buka

    ReplyDelete
  6. sakit hati betul bila ada gangguan bekalan air T__T

    ReplyDelete
  7. Ujian di bulan Ramadan.. Moga baik2 saja...
    Saya follow sini :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah kami di sini ade tangki besar.. kalau hbs tangki kami boleh dptkan air di telaga kalau air xde..

    ReplyDelete
  9. Air memang penting. Rasa serba tidak kena buat kerja air tiada.

    ReplyDelete
  10. Benda yang paling x suka satu je...takde air

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...