Followers Remaja Purba

Wednesday, July 4, 2018

Telemovie Pendosa Ingin Ke Syurga - Rosyam Nor


Malam raya dah tengok telefilem lakonan Datuk Rosyam Nor dalam telefilem Mentari selepas tu baru-baru ni baru berkesempatan menonton pulak telefilem Telemovie Pendosa Ingin ke Syurga pula. Memang terbaiklah lakonan beliau. Mantap..


Image result for Telemovie Pendosa Ingin Ke Syurga
dari en. Google

Pelakon:
Abdullah/Shawn - Datuk Rosyam Nor
Aishah - Sherlie Merlis
Ibu Mertua - Fauziah Nawi
Murni - Raysha Rizrose

Skrip: Sharifah Abu Salem
Olahan Skrip: Rashid Sibir


SINOPSIS:
Abdullah berkahwin dengan Aishah, namun disebabkan pendapatan bekerja di kampung tidak sebanyak mana, dia memutuskan untuk mencari rezeki di bandar. Abdullah meninggalkan isterinya di rumah ibunya tanpa mengetahuinya isterinya sedang mengandungkan anak mereka. Ibu mertua Aishah melayan Aishah dengan kasar sepanjang ketiadaan Abdullah kerana tidak begitu menyukai Aishah namun Aishah hanya bersabar dengan kerenah ibu mertuanya.

Abdullah yang berjanji akan kerap pulang ke kampung sudah tiada khabar berita sehinggalah anak mereka, Murni dilahirkan. Aishah terus membenci suami dan langsung tidak berusaha mencari suaminya untuk memberitahu tentang anak mereka, Murni kepada Abdullah. Murni pula semakin dewasa dan mula memberontak dan akhirnya melarikan diri dari rumah mengikut kawan untuk bekerja di bandar. Murni yang terperangkap dijanjikan dengan pendapatan lumayan rupanya bekerja di kelab malam kepunyaan Abdullah yang telah lupa diri setelah kaya dan dirinya dikenali dengan gelaran Shawn dan melakukan kerja-kerja haram.

Akhirnya Shawn mengahwini Murni tanpa mengetahui asal-usul Murni dari mana. Setelah beberapa tahun mengahwini Murni, Shawn mula berubah dan menginsafi diri. Mengajak isteri berubah dan akhirnya kembali ke kampung untuk meminta maaf kepada ibu dan isteri. Di situlah terbongkar segala rahsia yang tertutup selama ini di  mana rupanya dia telah berkahwin dengan anak kandung sendiri.


Image result for Telemovie Pendosa Ingin Ke Syurga



'Abang, Murni nak berubah.'
'Abang pun nak berubah Murni. Abang dah banyak buat dosa. Tapi abang tetap nak masuk syurga. Abang nak bawak Murni masuk syurga sekali dengan abang.'

'Syurga abang terletak di bawah telapak kaki mak abang dan syurga Murni terletak di bawah telapak  kaki suami Murni.'


Rosyan Nor:
'Saya kahwin dengan anak kandung saya sendiri ustaz. Masa tu saya tak tahu dia anak saya ustaz dan dia pun tak tahu saya bapak dia ustaz. Sumpah ustaz. Demi Allah ustaz.'

Ustaz: (minit ke 1:2:21)
'Astaghfirullahal'Adzim.. Tenanglah ye. Tadi dah bersumpahkan. Demi Allah. Saya tak tahu yang saya kahwin itu adalah anak saya. Kalau begitu keadaannya, dari segi hukumnya adalah tidak berdosa. Dalam hadis Nabi SAW menyebutkan bahawa 'Allah mengangkat, maknanya tak memperkirakan dosa kata Nabi dengan sebab mereka itu melakukan salah dan mereka itu terlupa cuma apabila telah diketahui sekarang automatik pada ketika itu mesti faraq maknanya memisahkan. Tak boleh lagi tangguh lagi seminggu, dua minggu, masih lagi bersekedudukan sebagai seorang suami dan isteri, perkara tersebut tak dibenarkan.

'Setiap orang yang bertaubat, airmatanya memadam neraka jahanam. DAN ingat! Bila kita bertaubat, bukan sekadar airmata penyesalan yang kita kena buat tapi syarat-syarat taubat adalah kena selesaikan semua urusan-urusan dengan orang yang kita bersalah kita bersalah maka sebab itu kita kena jumpa nak tak nak.'

'Orang yang dia rasa nak bertaubat, dia rasa tak layak untuk syurga itulah sebenarnya ahli syurga, InsyaAllah.'


Boleh ditonton di SINI..

Ini semua adalah balasan dosa kesalahan kita semua:
Dosa seorang ibu yang tak mendidik anak..
Dosa seorang isteri yang membenci suaminya..
Dosa seorang suami melupakan isterinya..
dan Dosa seorang anak tak mendengar cakap seorang ibunya..


StatusHati: Aku..


8 comments:

  1. bestnya citer ni..rugi xtgk..:)

    ReplyDelete
  2. Tertanya-tanya tentang skrip drama ini selepas menontonnya tempohari...

    'tidakkah seorang wanita yang hendak bernikah kena mencari walinya terlebih dahulu?'

    ReplyDelete
  3. tak sempat lagi nk tgok drama2 ni..

    ReplyDelete
  4. belum tgk lagi cerita ni..

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
  5. Zumal belum tengok, nanti nak terjah link tu...

    ReplyDelete
  6. mengalir air mata aida tang akhir tu.
    tang rosyam baru tahu. Allahu Akbar. sedihnya.
    tak disangka kan...
    ada anak plak tu. camne lah kan.

    ReplyDelete
  7. Tonton online drama Melayu, rancangan hiburan terhebat, telefilem Melayu dan live streaming saluran tv Malaysia secara percuma
    http://layanon9.cc

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...