Followers Remaja Purba

Wednesday, June 27, 2018

Konsep Sayang Anak dalam Telemovie MENTARI di TV3


Teringat kenangan watak Hazran dan Athea dalam Drama Tak Ada Cinta Sepertimu. Kali ini Syafiq Kyle kembali berlakon disamping Zahirah Macwilson di dalam Telemovie Mentari.

Arahan Rashid Sibir Telemovie bertajuk 'Mentari' yang disiarkan pada malam raya 14 Jun 2018 di TV3 boleh ditonton di SINI. Telemovie terbitan Suhan Movies & Trading yang sangat menyentuh hati. 9/10 aku bagi rating untuk telemovie ini. Pelakon-pelakon yang hebat menguasai kaca tv dan juga kaca hatiku.

Ikhmal Fansuri - Datuk Rosyam Nor
Khalid - Datuk Adi Putra
Firash - Syafiq Kyle
Mentari - Zahirah Macwilson
Penampilan Istimewa - Sofea Ibrahim


SINOPSIS MENTARI:
Hubungan Ikhmal Fansuri dan Mentari sangat rapat sedari kecil tetapi apabila Firash meluahkan hasrat untuk mengahwini Mentari, Ikhmal tidak bersetuju. Ternyata beliau terlalu sukar untuk melepaskan anak tunggal kesayangannya.

Namun, masalah mula timbul apabila ibu Ikhmal mengingatkan bahawa dia tidak boleh mewalikan Mentari kerana Mentari bukan anak kandungnya. Ini berlaku ketika arwah isterinya mengalami kemurungan selepas kematian bayi mereka yang berusia 3 bulan ketika itu. Sebagai ganti, Ikhmal mengambil anak angkat dengan bantuan pekerjanya. Bayi tersebut merupakan anak abang Khalid asalnya tetapi Khalid sanggup menjualkannya kerana desakan hidup waktu itu.

Satu hari, Ikhmal bertemu dengan Khalid secara tidak sengaja gara-gara Ikhmal tertinggal handphone dan dari situ mereka menjadi kawan. Tanpa disedari rupanya Mentari adalah anak buah kepada Khalid. Apabila Mentari mendapat tahu kedudukan asal dirinya, dia melarikan diri; tetapi selepas dipujuk oleh Firash akhirnya Mentari kembali ke pangkuan Ikhmal dan Ikhmal bersetuju Mentari dikahwinkan dengan Firash di mana Khalid menjadi wali mereka.


Kisah Telemovie - Mentari di TV3
Image result for telemovie mentari
Sekali lagi Syafiq Kyle digandingkan bersama Zahirah Macwilson


Selama ni dia buat yang terbaik asalkan you selesa sebab dia tak nak you hilang dari hidup dia. - Firash.

I  ni tanggungjawab dia, semua orang akan buat macam tu. - Mentari.

Tapi bapak orang lain dia sedar konsep sayang anak dan kena lepaskan anak. Itu yang bapak you tak boleh buat dekat you. Bila I tengok dia tu, I rasa macam dia takkan lepaskan you. - Firash.

Datang tak diundang. Hidup ini tak seindah yang kau bayangkan. - Rosyam Nor.

Lebih baik kita disakiti dengan kejujuran daripada kita dibahagiakan dengan penipuan. - Firash.


Image result for sinopsis telemovie mentari
Penerbit:
Datuk Rosyam Nor Shamsuddin
Datin Runika Mohd Yusof


Seorang Ustaz di dalam telemovie ini:
Di dalam surah Al-Ahzab: Ayat ke 35 yang mana dalam ayat ini Allah ceritakan tentang ciri-ciri  orang yang Allah sayang. Dalam keadaan kita hidup berkeluarga, antara yang paling penting untuk kita jaga sifat As-Sadiqin, iaitu orang-orang yang benar.

Saya pernah ada seorang sahabat yang mana dia ada ambil seorang bayi dari kecil menjadi anak angkat. Jaga, pelihara dan sebagainya, maka timbul kasih sayang. Lalu apa yang terjadi anak itu membesar sehingga tiba waktu untuk dia kahwinkan anak dia. Dan, kita pun tahu dalam Islam, bapa angkat tidak termasuk dalam wali. Lalu bapa tersebut dia ingin mengahwinkan anak dia kerana tak mahu ceritakan hal yang sebenar tapi Alhamdulillah nasib baik dia pilih untuk bertanya. Dia berkata benar dan anak tersebut tinggalkan dia tapi adakah untuk selama-lamanya?

Tidak.. kerana ini sifat yang Allah suka. Akhirnya anak tersebut terfikir dan dia faham kenapa selama ini ayah dia tak terangkan kepadanya dan akhirnya dia kembali dan itulah resepi untuk hidup bahagia. Kita kena buat berdasarkan apa yang Allah suka.


StatusHati: Masih mencari ruang untuk update kisah beraya..


4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

terbaik

Mohamad Khairil said...

macam menarik je telemoview ni..

Azian Elias said...

Makin hot Shafiq Kyle ni kan.

nia said...

Macam best j cerita ni, nak kena Cari ni. Pelakon pun best

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...