Followers Remaja Purba

Wednesday, July 25, 2018

Lawatan ke Ladang Lembu di Kampung Bukit Kuching, Jeram, Selangor


Kisah selepas Perjumpaan Geng Blogger di rumah Makchaq di SINI.. kami teruskan perjalanan ke lokasi lain atas urusan keluarga.



'Cendol Station Warung Estate'
Kampung Bukit Kuching, Jeram, Selangor


Cendol Mangga pilihan dak Nuha
Gambar lain takdan nak ambil sebab aku lapar.. hahaha..


Kali pertama kami makan di sini. Agak menarik tempatnya dan menjadi lokasi tumpuan penduduk sekitar dan juga orang luar.

Apa yang menarik..?
Pelbagai menu yang ada tapi pilihan utama dah tentu menu cendol.
Cendol Mangga, Cendol Durian, Cendol Buah Naga selain dari Cendol Biasa.
Kalau tanya aku, dah tentu cendol biasa juga yang sedap.. hehehe..

Menu tambahan yang kami makan di situ, antaranya mee celup, keytiow celup, laksa, rojak buah. Menu lain tak pulak kuambil tahu sebab acara makan ni bukan tujuan utama kami sebenarnya. Ada tujuan lagi besar sebenarnya kami ke Kampung Bukit Kuching, Jeram, Selangor ni..


Selesai makan, susun setempat jangan dibiarkan bersepah.
Inilah yang kami lakukan tiap kali makan di luar..
Itu nasib baik kami tak angkat hantar terus ke dapur mereka.. hahaha..


Cucu kedua bongsu dalam keluarga myMIL



Tujuan utama kami adalah ke sini..
Ladang Lembu
Kampung Bukit Kuching, Jeram, Selangor
Boleh HubungiEn. Hafiz: 013-629 0678


Salah seekor dari lembu ini menjadi pilihan untuk Aidiladha nanti..


Lembu dah dipilih maka jomlah kita ke rumah pemilik untuk sesi perbincangan..


Pokok Durian masih di peringkat belum matang seperti anak-anak dara ni..



Selesai urusan berkaitan lembu, lokasi terakhir adalah di Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor. Masa untuk melepak sambil melihat pemandangan sekitarnya. Walau agak rimas dengan lautan manusia tapi asalkan anak-anak happy, aku ok je. Janji memasing tak meragam. Melepak di sini pun untuk melihat matahari membenamkan dirinya.


Dak Kakak bersama Kembarnya..
Ke hulu ke hilir bersama takleh berpisah..


Pinjam gambar dari SINI..


Nun di sana..


Subhanallah.. cantiknya..



StatusHati: Jangan paksa aku melakukannya..



6 comments:

  1. Wah, menarik juga lokasinya boleh makan2...

    ReplyDelete
  2. Selamat melaksanakan ibadah qurban, aidil adha nanti.

    ReplyDelete
  3. Salam Aiza!

    Ingatkan saja-saja buat lawatan ke ladang lembu ^_^ Peliklah juga... Terlupa pulak Aidil Adha dah nak kunjung tiba; memilih lembu untuk korbanlah ya. Berapa dapat seekor lembu tu, Aiza?

    Saya pun tengah berkira-kira juga ni nak buat korban tahun ni tapi tak pastilah di mana. Kalau HD masih tak balik lagi, kenalah buat di sana. Kalau dah balik, nak buat di kampung saya aje. Tapi masalahnya kalau lambat buat keputusan, memang tak tahulah menjadi ke tidak perancangan. Serah pada Allah jelah!

    ReplyDelete
  4. Mohamad Khairil & Mummydearie..

    Harga lembu yang kami dapat RM4k..
    Ada lagi besar dari yang kami pilih. Harga pun ikut saiz lembu yang dipilih sebenarnya.

    ReplyDelete
  5. ada jugak nama tempat Kuching kat sana rupanya.. hehe

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...