Followers Remaja Purba

Monday, July 30, 2018

Melaka World Heritage City waktu malam


Kisah sebelum di SINI.. dan SINI..

Kesempatan diambil walau badan letih sebenarnya. Sengaja bawa anak-anak berjalan menikmati suasana waktu malam melihat Bandaraya Melaka pada waktu malam. Nak kata nak berseronok sangat tak jugak sebab tujuan utama balik kampung di Melaka sebenarnya bagi membantu keluarga bapa dan mak saudara menguruskan majlis perkahwinan anak beliau, sepupu aku.

Kisah disebalik majlis perkahwinan adik sepupu aku tu nanti aku share. Bukan setakat gambar malah video juga ingin aku kongsikan tapi bab nak mulakan karangan sepatah dua kata alahai.. terus menjunam mood aku. Masih tersadai di bahagian draft nampaknya setakat ini.



Aku ni.. tiap kali balik kampung jarang nak meronda buat terapi minda di sekitar Melaka tu. Lebih suka bergossip membawang bersama mak saudara aku. Jumpa saudara dalam waktu yang terhad lebih bermakna tiap kali balik kampung. Dah namanya balik kampung kan.. haruslah menjenguk mana yang berkesempatan. Kalau nak berjalan meronda, baik tak usah balik kampung. Pergi bercuti ke tempat yang diinginkan terus.


Melaka World Heritage City


Kali ni anak buah en. Hubby turut serta, sengaja memberi sedikit pengalaman buat mereka melawat ke tempat orang cuma peluang menaiki Melaka River Cruise tak kesampaian ditambah dengan letih tak cukup rehat jadi hanya sekadar berjalan kaki di tepian sungai Melaka melambai pada cruise yang lalu. 


My anak-anak dara..




Kawasan sekitar sungai yang dinaiktaraf dengan pelbagai warna dan lukisan serta bentuk menjadikan kawasan tersebut nampak cantik dan dah tentu teruja nak bergambar. Terasa diri pelancong dari luar pulak.. πŸ˜ŽπŸ˜€  Bila bergambar, MakBudak turut sama tak lepaskan peluang. Bukan selalu pun..


Kerusi ini mengingatkan aku pada zaman aku budak-budak dulu.
Kerusi ini menjadi salah satu kerusi kegemaran aku.
Teringin nak bersantai lebih lama tapi sayangnya urusan lain menanti.


Dak Nuha meminta aku mengambil video dia berlakon sedang menunggang motorsikal berdasarkan lakaran di dinding belakang bangunan.
Anak.. eemm.. layankan aje, janji deme happy..


At d end.. kembali ke Masjid Tanah.. kembali untuk menguruskan kenduri adik sepupu ketika itu.. akan ku update jua nanti..


StatusHati: Nak balik kampung lagi..


4 comments:

  1. tak pernah lagi jalan dkt melaka waktu malam.. :)

    htpps://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Banyak tempat menarik boleh dilawati di bandaraya Melaka.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...