Followers Remaja Purba

Monday, July 9, 2018

6 dan 7 Julai 2018 dalam Kenangan


Alhamdulillah..
Selesai sudah majlis yang diadakan pada hari Sabtu lepas.
Terima kasih pada adik-beradik #ChefHubby, #MyBiras serta anak-anak buah yang bertungkus-lumus menjayakan majlis yang diadakan di rumah mak umi dan abah kelmarin. Majlis yang meriah diserikan dengan hidangan yang sedap - Ikan jenahak asam pedas, Ayam masak merah, #PulutPeriukKera, Kari kambing (menu ni mana leh takde, tetamu carik sampai ke dapur nanti).. 🤗 Terima kasih buat semua family team member..


Tarikh 07072018..
Ketika kita sedang bergembira, ada keluarga menerima berita duka. Kita takkan tahu bila perjalanan terakhir kita. Kesedihan pasti dirasai tapi kehidupan tetap kena diteruskan.


Sahabat baik en. Hubby dimasukkan ke ICU tengahari 06072018 Jumaat lepas di Hospital Ampang


Namun..
Kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku selepas itu. 
'Dari DIA kita datang.. kepada DIA kita kembali..'
Salam takziah buat keluarga seorang sahabat baik en. Hubby..
#RalatRasaHati..


Di tanah perkuburan..


Pagi Sabtu lepas, en. Hubby dan adik ipar mengambil sedikit masa menjenguk arwah di masjid, menguruskan dan seterusnya mengiringi arwah sehingga ke liang lahat sebelum kembali ke rumah membantu menguruskan rumah terbuka seperti yang telah dirancangkan dari awal.


Ya!Allah.. kuatkanlah semangat mereka, kukuhkanlah hati mereka agar mereka sabar dan tabah dalam mengharungi hidup ini. Buat insan yang telah pergi.. moga kau tenang di sana dan moga syurga menantimu wahai tetamu Allah.. Al-Fatihah..


StatusHati: Dah seminggu mata bawah sebelah kiriku masih terkelip-kelip..



7 comments:

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...