Followers Remaja Purba

Saturday, July 21, 2018

Hutan Lipur Sungai Gabai


Sambungan dari SINI..

'Selamat Datang ke Hutan Lipur Sungai Gabai'
Sebelum ke sini, anak-anak sempat bergambar dengan Dato' Yusoff Haslam di SINI..


Sungai Gabai, Hulu Langat, Selangor


Selama aku mengenali ChefHubby tak pernah walau sekali dia bawa aku mandi-manda di Sungai Gabai ni. Paling teruk pun mandi di Sungai Pisang, Gombak dekat Highway Karak sana. Sungai Gabai tak se'adventure' nak ke Sungai Pisang. Google je dekat mana Sungai Pisang tu..


Kali pertama, aku dan anak-anak ke Sungai Gabai ni. Hujung minggu dah tentu ramai orang. Bila ramai orang dan kebersihan kurang buat aku jadi sedikit tak selesa. Dalam tak selesa berjaya juga dapat port untuk anak-anak. Oklah dari takde kan.. tapi bukan anak-anak kurisaukan tapi buah durian atas kepala. Maklumlah dusun buah durian sekitar sungai Gabai ni. 

Hasil usaha dak Kakak bersama kakak sepupunya..


Dak Nuha bersama Babahnya..



Gembira anak-anak dapat berendam..

'Ibu takde bawak baju spare..'
Kalau tak.. dah join sekali dah..

Elok cantik isi buah ni rupanya..


Dah puas berkawad di dusun kita mandi sungai pulak. Nak dijadikan cerita, dalam perjalanan balik dari mandi sungai tadi, buah ni gugur sebaik kereta akak ipar lalu. Syukur tak kena bumbung kereta beliau. Dan.. eemm.. rezeki depan mata takkan nak tinggalkan. Tak jatuh dalam sungai, atas jalan ia jatuh.


Dalam perjalanan balik.. jalan sesak ya amat. Sepanjang jalan di Dusun Tua ni boleh jem pulak. Rupanya ada jualan murah si buah Durian maka berhuhu lah menahan bau buah ni kat dalam kereta sementara nak sampai rumah..😂


StatusHati: Musim buah memang happening..


2 comments:

Mohamad Khairil said...

wah bestnya pgi sungai.. lama nya tk pgi sungai :)

Aerill Hassan

Siti Yang Menaip said...

dulu kalau tak Sungai Congkak Sungai Tekala mesti Sungai Gabai hehe.. skrang da besar2 ni xdak da pi sana..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...