Followers Remaja Purba

Wednesday, July 18, 2018

Kenangan disebalik Tabir Aidilfitri 2018


Ketika orang lain dok bercerita mengenai si Raja Buah, aku masih tersadai dengan entry Aidilfitri. Mohon bagi laluan untuk aku update sedikit di sini sebagai satu kenangan..


Kisah pada 1 Syawal lepas..
Belum ada perubahan dalam jadual perjalanan balik kampung berhari raya. Jadual yang disusun lebih awal memudahkan perjalanan agar tak tersekat dalam kesesakan jalanraya.


Rutin bergambar kenangan
Bersama Mak Umi dan Abah mertua..


Kisah Baju Raya..
Dak Kakak hanya merasa pakai untuk setengah hari je gara-gara dek tersedak + muntah ketika makan dan kebetulan dak Kakak memang dalam keadaan tak sihat - batuk ketika kejadian tersebut.. tapi nasib baik ianya berlaku selepas sesi bergambar bersama keluarga. Kalau tak.. pasti dak Kakak merajuk + sentap..


Selesai beraya di rumah myMIL..
Perjalanan balik kampung ke selatan tanahair diteruskan dengan lebih banyak melalui jalan kampung - konon nak elak dari tersekat dalam kesesakan di lebuhraya. Menariknya bila ikut jalan kampung ni, cantik je pemandangan melihat suasana sambutan raya..


Balik kampung ikut jalan kampung.. 


Suasana di kampung sebelah mak aku..
Pulau Sebang, Negeri Sembilan
Tak jauh dari A'Famosa Resort..

Pokok Markissa yang ditanam oleh Mak di kampung


ChefHubby melepaskan penat memandu jauh..


Sebahagian kecil Family sebelah mak yang ada..
Ni ada lagi yang tak balik..


Kali pertama berkumpul bergambar begini sejak beberapa tahun yang lalu..


Inilah Ayahku..


Selepas sesi chit chat bersama keluarga kecikku, perjalanan diteruskan menuju ke Gemencheh, Negeri Sembilan. Semua ini rutin biasa yang aku buat sejak bertahun-tahun dulu. Jadual padat sehingga Syawal ketiga seperti di SINI..


my Abang Sepupu


Pantang jumpa sepupu nan sorang ni..


Isu yang sama - BASIKAL
Dari sebelum kahwin sampai dah ada anak takde isu lain tiap kali jumpa. Mesti akan timbul isu basikal gara-gara masa kami zaman budak-budak, mak aku belikan dia basikal tapi untuk anak sendiri takde. Wah.. kemain ko lagi ye masa tu.. tapi walau tak dapat basikal kita tetap sepupu selamanya. Kecoh riuh-rendah rumah maklong kalau semua ada kan.. kahkahkah..

Di kampung sepupuku inilah menu wajib Rendang Maman yang dimasak oleh Maklongku. Menu yang tak pernah aku tak dapat setakat ni. Aku sorang boleh habiskan.. sedap. Aduhai.. terasa nak balik kampung lagilah..


StatusHati: Berakhir sudah Syawal 2018..



5 comments:

  1. meriahnya raya...tpi jalan kg mmg sronok, tgk pemandangan indah...

    ReplyDelete
  2. rilex je ye kak tak jem tak apa balik kg tuh... bestnya kt umah mak akak... pokok markisa tu buat jd redup.... cantik je nengok rata buah ngn daunnya...

    ReplyDelete
  3. rindu masa aidilfitri.. walaupun dah lama berakhir..

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  4. pergh.. jadi "gadis bertudung biru" di hari raya.. hahaha

    ReplyDelete
  5. aduhai.
    pulau sebang = kampung ku juga.
    belah nenek aida.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...