Dulu..
Pernah bergambar sekali di hadapan rumah Dato' Yusoff Haslam di SINI tapi tanpa kehadiran beliau waktu itu dan setiap kali (bukanlah selalu) ke Dusun Paklong di Hulu Langat pasti akan lalu depan rumah Dato' Yusoff Haslam.
Kisah kelmarin - 15 Julai 2018..
Selepas puas menjejak buah kegemaran ramai (mereka bukan aku), masa untuk mengundurkan diri dusun Paklong mencari sungai untuk menyejukkan badan. Anak sungai di dusun Paklong dah tak sesuai untuk diterjah kerana anak-anak semua dah besar dari Mak Budak.. maka sungai lainlah yang perlu diterjah.
Dalam perjalanan, berlaku sesuatu yang tak disangka..
Nih dia..
Dato' Yusoff Haslam
Aku boleh terima lagi bila anak-anak semua makan durian. Demi anak-anak kulayankan aje TAPI.. Part yang ini aku tak boleh tahan. Anak-anak bergambar dengan Dato' Yusoff Haslam beb.. pakej Dato' ajak masuk ke dalam kawasan rumah beliau lagi. Kalau anak-anak masuklah kelmarin.. mahu #Murung semalaman aku weh..
Kenapa aku takde dalam gambar tu..? Ni semua gara-gara en. Hubby salah jalan. Kalau tak.. pasti #MakBudak lagi over dari deme semua.. kahkahkah..
#DatoYusoffHaslam
#RasaNakPergiDusunLagiMacamNi..
StatusHati: Durian.. kau bukan pilihan hati, tak seperti si buah Manggis..
hehe... seronoknya anak-anak sis bergambar dgn dato yusof... mesti sampai skang duk bercakap lg ttg ni kan
ReplyDeleteahahaha.. terbaek.. sporting dato' :)
ReplyDeleteGlamer la mereka dapat bergambar dengan Datok YH
ReplyDeletewaaaa bestnya tuh.... sporting la datuk, siap ajak masuk dusun dia lg
ReplyDeletebdk2 masuk tak dusun dia kak? len2kali entah2 blh jumpa datuk lg
hahaha.. sabor je la..
ReplyDeletewah.
ReplyDeleteMaria Mariana nih :) hi hi hi hi