Followers Remaja Purba

Wednesday, July 11, 2018

Rumah Terbuka di rumah #myMIL


Tarikh 07072018
Majlis Rumah Terbuka di rumah myMIL.
Tarikh dipilih berdasarkan perbincangan bersama adik-beradik en. Hubby dan persetujuan dibuat dirumah abah bagi memudahkan kawan dan jiran keliling mak dan abah datang bertandang ke rumah.

Kebiasaannya, bila buat 'open house' di rumah abah ni, suasananya lain macam sikit.. dah macam buat kenduri keadaannya. Bukan sedikit persiapannya cuma kali ni sedikit terjejas persiapannya. Fizikal agak penat, emosi en. Hubby sedikit terganggu dek kematian seorang sahabat rapat en. Hubby seperti di SINI. Namun.. Alhamdulillah.. majlis tetap berjalan dengan baik.. Aamiin..


Mari kita bersarapan dulu sebelum memulakan kerja..


Menu wajib setiap tahun..
'Pulut Periuk Kera'

Sebahagian kecil barang memasak yang digunakan..




Ikan Jenahak asam pedas air tangan abah mertua aku..


Berkebetulan, en. Hubby balik dari tanah perkuburan bersama kawan-kawan arwah sedikit awal dari masa sebenar majlis, maka terpaksa tunggu hidangan di bawa keluar dan disusun terlebih dahulu di meja hidangan. Dalam masa yang sama, sedikit iringan doa dibacakan cuma waktu ni aku tak pasti siapa. Segan nak memunculkan diri di hadapan rumah dalam keadaan diri yang 'indah khabar dari rupa' waktu tu.. sebab tu tiada gambar makanan di meja hidangan. Ketika tetamu menjamu selera, aku mengambil peluang menukar pakaian yang lebih selesa untuk melayani tetamu yang hadir.




Sorang anak kawan en. Hubby ni biasa tengok dalam FB je, hari ni dapat cuit-cuit lagi tapi dia takmo, pemalu ya amat.. sampai bapaknya nak makan pun jadi tak senang sebab dia terus melekat bila aku datang menyakat.. hahaha..



Sudahnya.. dapat juga bergambar.. inipun atas bantuan ibunya sendiri bagi hint minta aku berdiri dekat belakang dia.. yeaaa... 'acik berjaya bergambar bersama..' marah + malu dia.. hahaha. Bila waktu dia nak balik, dak Nuha pulak boleh menangis, dia ingat aku nak ikut balik. Lagi haru dak Nuha.. cemburu habis dia kalau aku rapat dengan budak lelaki..


Tak lama selepas tu, blogger kakcik Seroja pula sampai. Tersesat arah sedikit beliau ketika nak sampai tapi Alhamdulillah sampai jua beliau bersama en. Suami. Tak dan bergambar sebab handphone diambil oleh dak Nuha. Terima kasih kakcik sudi mai.. 🤗

Pinjam gambar dari blog Kakcik Seroja..



Dak Aiyan permata hati Blogger Norhidana

Akhirnya bertemu jua blogger sorang ni. Dari dak Aiyan kecik, dah besar baru dapat jumpa kan. Inipun dia paksa en. suaminya balik kerja awal semata-mata nak mai datang beraya di rumah.. hahaha..

Walau sedikit lewat tiba tapi bahagian untuk keluarga kecik beliau tetap ada malah pakej tambahan en. Hubby masakkan mee goreng bagi tetamu yang lewat tiba (biasanya ini sebagai back up plan) andai menu utama hampir habis.


dak Nuha merajuk dah masa ni.. hahaha..


Mana acik tak geram.. hahaha..
'Puas hati kite dapat berjumpa awak Aiyan..'


Last but not least..
Sampai jua rakan dari tempat kerja..
Terima kasih bagi yang sudi hadir..



Alhamdulillah..
Selesai sudah semuanya. Penat usah ditanya.. tak fikir apa dah, hanya bantal yang diingini ketika itu untuk melembutkan otot yang tegang dan mata yang kekurangan tidur. Esoknya sambung aktiviti di dusun bapa saudara di Hulu Langat. Family bonding time..


StatusHati: Badan letih + Otak penat rasanya..

7 comments:

  1. Jemput singgah entry terkini ejulz :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/misha-omar-sampai-bila-ost-jangan-benci.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/aktiviti-badminton-7-julai-2018.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/mari-belajar-bahasa-sarawak-part-16.html

    Jemput join segmen ejulz jika belum join :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...akhirnya kita bertemu lagi. Puas hati dapat juga sampai ke majlis Ina. Tapi tak sempat jumpa Dana.

    Baru tahu Dak Nuha jeles dengan budak lelaki...hahaha

    ReplyDelete
  3. Wah, meriahnya sambutan! Seronok tengok...

    ReplyDelete
  4. meriahnya... teringin nak rasa yg periuk kera tu..

    Aerill Hassan

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...