Followers Remaja Purba

Saturday, July 28, 2018

Muzium Adat Istiadat Alor Gajah Melaka





WAKTU MELAWAT: 9 pagi - 5:30 petang
DEWASA: RM2.00
KANAK-KANAK: RM1.00

Perbadanan Muzium Melaka


Muzium Adat Istiadat yang terletak di Dataran Keris Alor Gajah, kira-kira 25km dari Bandar Melaka telah dibina berasaskan rekabentuk rumah tradisional Melayu Melaka. Pada awalnya muzium ini dikenali sebagai Muzium Derah Alor Gajah yang mempamerkan bahan-bahan tentang sejarah dan kegiatan sosio ekonomi masyarakat Daerah Alor Gajah. Muzium ini kemudiannya diubah menjadi Muzium Adat Istiadat bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat umum mengenai adat istiadat yang terdapat dalam masyarakat Melayu khususnya.

Ianya menjadi pusat rujukan berhubung dengan adat istiadat perkahwinan Melayu tempatan dan nusantara yang dimulakan dengan adat merisik sehinggalah ke majlis persandingan. Pelbagai diorama berhubung upacara penting seperti akad nikah, bersanding, pelamin, bilik pengantin dan pakaian tradisional menjadi tarikan utama di muzium ini.


Ragam anak-anak


Pelamin Melayu



Dari Jawa Ke Bangkahulu,
Membeli Keris di Inderagiri,
Kawan Ketawa Ramai Selalu,
Kawan Menangis Seorang Diri.


Galeri Bilik Beradu Pengantin







Dataran Keris Alor Gajah

Jun 2018..
Dalam sejarah beb.. singgah di sini bergambar kenangan. Kalau tak.. hanya sekadar tumpang lalu di bulatan Alor Gajah tu. Singgah berhenti pun takmo. Kemain sombong kau ye Mak Budak.. tapi itu dulu. Sekarang sejak sama-sama gila selfie dengan anak-anak ni, kalau boleh tepi highway pun nak berhenti bergambar. Nasib baiklah ChefHubby tak layan kerenah gile MakBudak nan satu tu..






Dalam terik mentari kulayan ragam anak-anak..
Sebelum destinasi diteruskan ke SINI..



StatusHati: Kelopak mata sebelah kiri terkelip-kelip..


5 comments:

  1. Wah, bestnya.Dah lama zumal tak pergi melaka...

    ReplyDelete
  2. Melaka memang awesome byk tempat menarik..

    ReplyDelete
  3. Thanks for finally writing about >"Muzium Adat Istiadat Alor Gajah Melaka" <Loved it!

    ReplyDelete
  4. dah lama tak pgi muzium! dulu masa adik sekolah kt sana selalu jugak jalan2 dkt melaka.. skrg dia dh habis sekolah.. so dah tk pgi melaka dh..

    https://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...