Followers Remaja Purba

Wednesday, April 13, 2011

Lampu signal rosak


Lokasi pertama di Setia Alam:

Laluan sini memang ada 2 lorong so kepada yang nak pandu slow laju 110 dan ke atas silalah guna lane kanan.. area ni memang laluan F1 sebab yang lalu memang berdezup laju.. akulah tu.. tapi tadi aku boleh terkena dengan sebuah kereta ni, dahlah pandu bawah 70km, pandu pulak kat lane kanan pastu ter brake2.. apakehenye yeop.. Dah kalau rasa ada masalah pada kereta sila beri signal dan pandu ke laluan kanan tapi aku rasa signal dia rosak kut.. Bila aku pecut lalu sebelah dia, eemm… perempuan.. Aduh! Kak.. orang lain pun nak guna jugak laluan tu, janganlah syok sendiri kak.. Ni yang leceh terkutuk sesame jenis..
Kemudian.. wah.. apa ni pagi-pagi ada pulak yang bercinta sayang pandu kereta.. bila tengok.. Aduh! Bang.. agak-agaklah.. kalau nak pandu slow jangan masuk highway, pergi redah jalan kampung, jimat minyak takde kena marah-marah sayang..

Lokasi kedua, dah sampai kat P.J:

Nak hantar kakak ke sekolah, korang mesti faham camne nak gunakan signal kan, waktu bile, dekat mana.. Aku dalam keadaan bersedia di simpang untuk keluar.. dah bagi signal, dengan selamba tak bersalahnya kereta yang lalu tu terus masuk laluan sebelah aku tanpa bagi signal.. wah! Kau.. aku dok tunggu ingat kau nak terus tapi terkena lagi aku tadi..

Korang.. aku nak tanya.. susah sangat ke nak guna signal KIRI atau KANAN tu..?
Dulu cikgu mesti ada ajar kan, nak test JPJ pun tentu skema gaban korang gunakan.. Kang kalau aku maki menambah dosa yang ada tapi janganlah malas nak gunakan lampus signal tersebut. Bukanlah aku ni pemandu berhemah sangat tapi tolonglah.. orang lain pun nak cepat juga, nak pergi kerja juga tapi janganlah jadikan highway @ simpang tu sebagai tempat bercinta sayang..

9 comments:

syzwnsrwk said...

haha, rasa-rasanya batang signal diaorang rosak kot XD


Entri Fresh = Fly High - Karya Baru Serta Tutorial

aizamia3 said...

jari tangan dorang lambat bagi arahan pada 'signal' tu agaknya.. ada masalah daya 'arahan'..

Nini Hartini said...

alahhh janganlah marah. pernah gak masa tu nampak ambulan kt belakang. terus je gabra and hempit ke kiri tak bagi signal. bukan x tau guna tp terkejut beb. heheheh

mgkn mereka juga terkejut. kehkeh...alasan poyo,

aizamia...nk panggil nama ape eh> aiza ke mia? pastu umur brp thn?

aizamia3 said...

Nini:
jawapan ada kat sini..

http://aizamia3.blogspot.com/2011/03/di-sebalik-tabir-blog.html

aCik Anie said...

malaysi ni kesedaran siviknya mentaliti dunia ke3

aizamia3 said...

bila ditegur kita pulak yang kena balik sedangkan dah memang nyata dia yang salah.. susah sangat agaknya nak guna signal tu.. lagi satu jenis tak reti nak angkat tangan bila kita dah bagi dia lalu..

Faris Adli said...

baca blog cik scc..post pasal lepas geram...

baca blog kau pun cam tu juga..

errr..semua main lepas geram je

aizamia3 said...

oo... aku pakat sama2 buat entry lepas geram tengok pe reaksi kau Faris.. kihkihkih..

takdelah.. pagi semalam memang aku geram sangat2 tapi hari ni ok dah..

Huszaini said...

kena bawak lori kot, senang nak langgar orang tak bagi signal tu! hhuhuhu

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...