Followers Remaja Purba

Saturday, April 30, 2011

Banjir

Semalam balik kerja agak lewat.. Kalau balik awal mesti dapat tengok dengan lebih jelas keadaan laluan menghala ke rumah aku.. Silap-silap terkandas terus..

Ini banjir yang paling teruk aku tengok sejak aku menetap di sini sejak 3 tahun lepas.. Kebanyakan rumah-rumah sepanjang jalan terjejas walaupun tak teruk tapi air masih belum surut sehingga kini.. Nasib baik taman perumahan seberang jalan ni tak dinaiki air. Aku rasa kalau kawasan dia rendah confirm turut terjejas..

Dalam masa yang sama nampaknya lambat lagilah siapnya longkang besar seberang jalan rumah aku ni gara-gara air melimpah naik ke darat..

Spontan hubby cakap aku:
H: tulah.. Abang dah pesan beli sampan, kalau banjir senang nak guna..
Aku: ish.. Agak-agaklah abang ni pun..


Namun demikian, aku bersyukur hari ni tak hujan, kalau hujan lebat lagi aku rasa boleh isytihar dilarang keluar rumah, kalau tak nanti ada pulak kenderaan tidak tersadai kat tetengah banjir itu..


psstt: Tadi aku perasan kat simpang masuk dari jalan besar depan ada papan tanda 'kawasan banjir di hadapan'.. kali pertama aku jumpa papan tanda tu sepanjang aku tinggal kat sini..

Friday, April 29, 2011

Masa menunggu

Ye.. Aku berjaya sampai dalam masa 20 minit depan sekolah kakak.. Tapi aku kena tunggu lagi setengah jam.. Takpelah dari aku letih kat tengah jalan, ni aku boleh rileks kat tepi jalan..

Cadang memang nak balik awal tapi memandangkan nak hantar cik kereta dapatkan rawatan di klinik kereta maka aku akan berlama-lama dirumah nenek a.k.a pengasuh anak2.. Hari ni aku tak kisah sangat sebab lepas ni cuti 3 hari.. Boleh jadi ular sawa berlingkar cuti ni..

Ada lagi setengah jam.. Nak layan blog pun ruang muka yang terhad.. Habis tu dah guna hp.. Ish.. Tak puas tapi dari takde buat apa meh aku tancap blog aku kejap..


Menu malam:
Nak makan ape ye malam nanti..?
Mentang-mentanglah esok cuti, selera pun jadi tajam.. Aku ingat nak makan KFC lah, dapat pulak drumstick.. Sedapnyee..

Ok.. Pepehal aku nak ambil anak-anak, baru drive through.. Tu ok lagi.. Yang paling aku tak sabar.. Oh! Bantal busukku.. Tunggulah kepulangan tuanmu ini..


psstt: masa aku taip entry ni sambil diperdengarkan lagu dari Klasik Nasional.. Sesekali layan lagu lama.. Asyik-asyik layan lagu underground je.. ;)

Kempen Derma Dara..h..

Ok, kita lupakan pasal meeting tadi.. sebab aku terselamat dari kena catat minit.. bosan a.k.a dah jemu..


Sekarang kita ke topik seperti tajuk di atas..

Jabatan aku menganjurkan kempen Derma Darah dan Hari Kesedaran Kesihatan dengan kerjasama PPUM dan MAKNA dan aku turut hadir memeriahkan suasana dengan mengambil bahagian menderma dara..h..

Aku dah lama tak menderma ni.. last aku join tahun 2006, lepas tu aku terus sibuk dan sibuk dan baru ni aku tak sibuk.. ;)




Time nak derma dara..h.. ni cuak juga sebab aku tak suka dengan jarum.. tapi sebab niat aku nak menderma dan seterusnya menjadi penderma tegar (moga-moga selepas ni aku akan jadi rajin balik).. maka.. dengan rela hati aku menyerahkan 450ml darahku..

Perasaan.. biasa je masih ditahap normal.. ;)

Mesyuarat a.k.a meeting

Urusetia mesyuarat <--- aku dan PA
Menu <--- Aku order
Minit mesyuarat <--- macam aku je ni..

Aku ada beberapa isu nak dibentangkan jap lagi.. Time ni lah aku nak luahkan apa yang patut aku luahkan..

Ok korang, aku dah bersedia nak masuk meeting.. Tengahari nanti kita sambung balik..

Thursday, April 28, 2011

Kudratku

Aku rasa agak kelam-kabut malam ni, gara-gara hampir sejam aku terperangkap dalam kesesakan jalanraya petang tadi.. Biasa tak sampai 20 minit aku dah sampai kat sekolah kakak.. Aku cuba untuk tenang kawal diri..


Senarai checklist aku..

Formula 1.. Alhamdulillah selamat sampai rumah dengan jayanya..

Makan malam.. Alhamdulillah kenyang, aku paksa kakak makan walaupun dia keletihan tertidur dalam kereta tadi.

Take 5.. Kakak rehat sambil mengeja, aku layan gosok baju.

Homework.. Yang ni macam mana penat pun kakak tetap buat homework yang cikgu bagi, at least dia buat sikit dari tak buat langsung.

Lepas mandi.. Dua-dua selamat lena atas katilku..

Aku..? Berusaha untuk menghabiskan entry ni sebelum re-charge sistem anggota badan aku ni..

psstt: tiba-tiba teringat pagi esok ada meeting.. Ops.. Aku nak tidur ni, zzzzz.. Blogkorang esok aku terjah ok.. ;)


Send via blueberry cheese cake..

Hujan dan Jalan Sesak

Lokasi: Balik kerja

Hujan dan jalan sesak memang tak boleh dipisahkan macam irama dan lagu..

Lewat..?
Ye.. Aku lewat nak ambil kakak balik sekolah.. Biasa sebelum pukul 6 aku dah hampir sampai kat sekolah, ni aku masih di sini.. Aku jadi kelam-kabut disebabkan jalan sesak a.k.a jem ni..

Semua orang mengalami perkara yang sama - jalan sesak tapi hari ni memang antara hari yang luarbiasa sesaknya.. Aduh.. Pukul berapa pulak aku nak sampai rumah.. Nak ambil adik kat rumah nenek dia a.k.a pengasuh lagi, kakak confirm ada homework.. Lepas tu aku nak tempuh jarak 35km lagi.. Tu belum ambik kira kat susur Subang lagi..

Sabar.. Sabar.. Bak kata sorang bos tu.. Alah.. Jem kat situ tak mencabar.. Huhu.. Lenguh dah kakiku ini..

psstt: kakak.. Sabar ye.. Tunggu ibu.. Ibu terperangkap dalam kesesakan jalanraya ni..

Wednesday, April 27, 2011

kala hati sedang marah


Kalau boleh aku cuba untuk tidak cepat melatah pasal perkara ni dan kalau boleh aku memang tak nak jadikan entry dalam ni, kalau boleh aku tak nak ciptakan entry khas untuk orang-orang macam ni dalam blog. 

Ketika entry ni sedang dibaca, mood aku dah berada di landasan yang betul. Waktu aku tengah sedih menahan marah tadi, aku layan blogwalking. Banyak entry buat aku tertawa akhirnya. Thanks korang, sekurang-kurangnya aku berjaya mengurangkan rasa sakit hati ini..

Kenapa..?
Mengapa..?

Korang mesti biasa dengar talam dua muka. Aku pula tak pernah kena tapi sekali terkena.. kesannya makan dalam.

Perasaan..?
Jujurnya darah terus naik ke kepala. Pelbagai perasaan bercampur-baur. Sungguh aku tak sangka depan kita baik, belakang mengata. Mungkin sebab dia terpaksa berurusan dengan aku maka itu yang jadi lembut gusi dari lidah. Nasib baik gigi aku tak tercabut menahan geram.

Aku tak tahulah apa masalahnya yang dia bersikap macam tu terhadap aku tapi bila dikenang renung balik.. malas nak fikir.

Kalau kau rasa kau tertekan terhadap aku, mohonlah cuti, tak pun kau pindah terus. Kau nak aku berhenti dulu? InsyaAllah.. sampai masa aku akan pergi juga. Kau doakan jelah.. Nanti kau tak payah hadap aku macam tu jugak aku.

Dipendekkan cerita, aku mintak maaf kalau aku ni buat kau rasa tak suka bekerja dengan aku. Nak tak nak, suka tak suka kau kena hadap jugak. Macam tu jugak aku.. so win-win situation ler kanm

psstt: kalau korang rasa terasa.. mintak maaf kat aku cepat. Aku dalam mood bersedia untuk memaafkan korang. Aku tak tahuler mood ni boleh tahan berapa lama pulak.

1st GIVEAWAY by HAJAR HASAN




Aku telah ditag oleh dak SCC.. terima kasih sebab tag aku, confirm aku menang.. kembang kempis kempus hidungku ini.. :) Moga mata dan jari penganjur nampak kita je ye SCC, nanti boleh msg banyak2 sebab dapat topup free.. aku suka ni.. mesti si Faris jeles ni..


Memandangkan tuan empunye GA ni bagi syarat tag 2 orang so aku dengan tak rela hatinya nak tag korang berdua ---> Nini dan Eza.. Ni kalau korang menang ni putih mata tak dapat nak chit chat guna topup free.. ;)

Ops.. lupa lak, asyik cite pasal menang je sampai lupa nak link kan blog penganjur ---> strawberry..


psstt: aku nak menang.. sambil hentak-hentak jari kat keyboard menaip entry ini.. kihkihkih..

“My Life’s Story Blog First Giveaway”



Entry ni nampak menarik dan penganjurnya pun nak tumpang glam kat blog aku jadi aku pun merajinkan jariku ini untuk terjah GA penganjur ini.

Tang nak nag ni, kejap ek.. nak cari jap..



Kak Harisa dan Zana

ok, aku tag korang ye.. mehlah join kita meriahkan GA ni..


Kepada korang yang lain aku nasihatkan tak payahlah join sebab hadiah tu aku punya..
oit.. sape kau tak bagi orang lain join ni.. kihkihkih.. aku gurau jelah.. janganlah korang sentap pulak, mehlah pakat ramai-ramai join..

Tuesday, April 26, 2011

BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH ..



nak join korang klik kat SINI..


Teringat kenangan masa zaman sekolah dulu yang buat pelbagai perasaan timbul dalam hati aku ketika menaip entry ni..

Antara kenangan pahit yang aku tak boleh cuba lupakan walaupun tau tak boleh:
Aku gagal dan seterusnya menghancurkan harapan guru pasukan BIRU (lepas sekolah aku jadi tak suka dengan warna ini).. dengan gagalnya mendapat anugerah OLAHRAGAWATI SEKOLAH..

Cikgu aku pujuk suruh ambil acara seperti yang biasa aku ambil tapi aku nak juga acara lompat tinggi, aku yakin aku boleh dapat.. akhirnya.. nak jadikan sebab.. aku hanya mendapat tempat kedua dan seterusnya menggagalkan usaha untuk anugerah tersebut.

Bermula dari tahun tersebut, aku jadi malas nak terlibat secara langsung dalam acara balapan.. memang frust dan ditambah dengan potensi berat berat badan yang naik mana mungkin aku seaktif dulu gara-gara frust.. ye aku frust.. aku nak piala besar tu.. tapi.. ni yang aku malas nak kenang balik ni..


Kenangan manis:
Kenangan manis banyak, sekolah rendah cikgu yang ajar hensem - aku suka.. masuk sekolah menengah lagilah aku suka.. lagi banyak pilihan.. mamat2 senior yang comei.. sampai sanggup redah pejabat sekolah untuk dapatkan alamat budak yang aku suka.. uiks.. memang kerja gilalah masa tu.. tapi akhirnya jodoh aku dengan student dari sekolah lain..

Tapi aku paling sayang kat sorang cikgu ni, Cikgu Mahani.. kerana jasa beliau tidak jemu melayan kerenah aku membuatkan aku takkan lupakan beliau.. juga aku tak lupakan jasa cikgu-cikgu yang mengajar aku sepanjang aku belajar dulu..

FM from Moscow

Korang mesti ingat.. alah dia ni saje nak buat gempak dengan tajuk macam tu.. serius aku tak tipu.. cerita asal bermula di SINI..

Pada awalnya memang ramai yang request dalam mukabuku beliau sebelum beliau berangkat keluar negara tapi tak sangka dan tak mengharap sebenarnya yang aku akan dapat sebab memang dari awal aku ikut perkembangan blog beliau.



FM dari Moscow dan surat bertulisan tangan dari beliau, aku terima pada 22 April 2011 yang lepas (walaupun dah basah sebab abg posmen tak masukkan dalam peti surat), namun amat bermakna padaku.



Terima kasih chik Inn a.k.a Mazlin Nordin - TV3

Monday, April 25, 2011

Menteri Pengajian Tinggi & Hotel Hilton

21 April 2011 di Hotel Hilton.

Tahniah buat penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2010.. bertuah kerana Menteri Pengajian Tinggi turut sama meraikan..

Aku bukanlah watak utama dalam cerita ni pun tapi orang pertama melangkah masuk di atas karpet merah - aku <--- usherette.. walaupun tak penting tapi sikit sebanyak membantu dalam tugasan yang diberikan.



macam mana pun majlis kali ni memang istimewa dengan kehadiran Menteri.

psstt: Lepas ni berlatih camne nak naik atas pentas guna kasut tumit 3 inci agar tak tersadung ye.. ;)

Saturday, April 23, 2011

PINKY MOMMA..daku memang pelik skit!



Ni kali pertama aku join mak budak ni buat segmen, hari tu aku tak sempat..


ceritakan SATU perangai pelik korang..yg paling lawak lg bagus..

Bukan aku tapi.. perangai pelik anak aku si adik.. dulu masa dia kecik, sambil menyusu pegang botol susu, tangan sebelah lagi menggentel pusat, bayangkan dari satu jari ke satu jari, bila dah cukup lima jari tu dia gentel guna kelima-lima jari dia tu kat dalam lubang pusat dia.. hikhikhik.. dah puas dan susu dah habis baru tidur.. sekarang takde dah tapi perangai menggentel dia tu tetap ada tak boleh hilang..


Aku pulak...?
Setiap orang dah tentu ada bantal busuk tapi bantal busuk ni bukanlah dari aku kecik cuma dah 4 tahun bersama aku, nak tidur mesti dia ada.. yang uniknya kekabu tu hubby beli dan sarungnya korang tau mana aku dapat.. kihkihkih.. gelak + senyum dulu..

Masa pilihanraya umum 2007 (kalau tak silap aku), kan banyak bendera-bendera parti, aku berkenan sangat dengan bendera Parti Keadilan, penat merengek kat hubby akhirnya bukan setakat bendera Keadilan tapi BN dan PAS pun aku dapat.. hahaha... itu yang akhirnya jadi sarung bantal busuk aku.. tu yang aku sayang sangat.. (aku teringin nak bendera-bendera ni sejak Pilihanraya 2004 lagi - masa tu aku mengandung sulung.. hahaha)

Ok dah, patriotik sungguh, nasib baik bendera Malaysia aku tak buat macam tu.. tapi.. ppsstt.. jangan pulak kalau bendera hilang korang cakap aku yang curik.. aku tak curi tak aku terambil je...

BEN ASHAARI CARI BLOG LAH !


Satu segmen ringkas ... bertujuan mencari kenalan baru ( blogger ) di kalangan kita .. Kalau ada yang fikir nak naik cepat tu , sila padamkan angan angan anda ..Ini sekadar mencari kenalan baru .. Ramai kawan lagi bagus dari trafik tinggi tapi kosong..! cerita selanjutnya di SINI..


Satu soalan mudah .. Siapa yang mempengaruhi anda untuk membuat blog dan Siapakah sumber inspirasi anda ? Buat dalam 100 patah perkataan , dalam 4 perenggan ..

Berdasarkan soalan di atas di sini aku buat secara ringkas, ringkas-ringkas pun kena buat ala-ala karangan jugak..
---> Orang yang mempengaruhi aku membuat blog ni adalah anak aku sendiri, kenapa? Korang boleh baca kat sini, sini dan sini serta semuanyalah dari awal aku berblog. Pengajaran dan pengalaman berharga buat aku.. Bukan nak korang simpati kesian tapi nak korang lebih berhati-hati, sape tak sayang anak..

Sumber inspirasi aku.. dulu aku takde spesifik sumber inspirasi sebab aku hanya buat khas untuk anak-anakku tapi sekarang Faris, SCC, dak Ujang malah BA sendiri buat aku semakin rajin berblog dan blogwalking..

Kenapa? win-win situation.. dari tak kenal sekarang boleh rapat, dari tak ramai kawan sekarang dah dapat kawan yang rapat boleh bercerita macam-macam cerita.. Korang memang best..

Sekarang, walaupun tak dapat online sekerap BA tapi aku tetap cuba luangkan masa jalan-jalan kat blog korang.. dan di samping itu aku juga nak menambah kenalan baru.. lagi ramai lagi best, macam-macam idea cerita kita boleh share..

Friday, April 22, 2011

Jom Join Bloglist Hackers




Minggu ni dok asyik layan bloglist.. Kali ni nak join kat BLOG yang ni pulak.. Korang nak join aku tak tauler sempat ke tidak sebab due date malam ni..


Checiter skit kenapa korang nak masuk bloglist Hackers ini? Bagi tahu group mana korang nak masuk..
---> Aku nak orang kenal dan rajin masuk terjah kat blog aku..
---> Kau rasa nape kau buat bloglist tu pulak...? (eh! Sape punya segmen ni sebenarnya ni)..
---> Kalau aku dah tentu aku nak kenal lebih mesra pemilik blog tu.. ;) Jadi kau kena masukkan aku dalam bloglist kau.. tapi aku tak bolehlah masuk dalam 'Bloglist Gadis Pilihan Hackers' kau tu sebab aku ni dah jadi mak budak a.k.a remaja purba..


Ok Hackers, kau tak payah pening kepala nak pilih sebab aku dah tentu berada dalam senarai kau itu.. (wah! riaknya.. ;)

Nanny 911 at NTV7

Sepatutnya entry ni semalam lagi aku publish tapi baru nak karang ayat aku dah lena sambil peluk bantal peluk..

Aku jarang layan NTV7 sejak dah ada channel astro ni.. eksyenlah pulak.. tapi malam semalam aku tengok tajuk tu macam menarik dan ada pengajaran disebalik kisah tersebut. Kalau tak silap aku cerita ni hari Rabu, pukul 9 malam.


Kisahnya:
Satu family ni ada kembar 3 yang kesemuanya boy dan lingkungan umur 5 tahun (sedang membesar dan memerlukan perhatian yang lebih), kembar 3 ni digambarkan sebagai kembar yang nakal dan di sini bantuan diberikan bagaimana cara nak uruskan anak-anak tersebut.

Si bapa diminta meninggalkan rumah untuk tempoh seminggu (aku agak sebab masa aku tengok cerita ni pun dah half way), dan si ibu ditinggalkan bersama dengan kembar 3 ni untuk meluangkan masa bersama (sebab ibu dan bapa ni berkerjaya). Pada mulanya si kembar 3 ni tak boleh terima yang bapa dorang akan pergi, menangis melalak meraung halang bapa dorang jangan pergi.

Sementara si ibu tinggal bersama kembar 3 tersebut, pelbagai kerenah terpaksa diselesaikan oleh si ibu dan kebanyakkan masa marah dan menjerit kepada si anak, akhirnya the Nanny yang turut serta dalam rancangan tersebut terpaksa masuk campur dengan memberi nasihat dan cara mengatasi anak yang nakal itu.


Kesimpulannya yang aku dapat dari cerita ini:
Untuk mendapat perubahan yang positif, kita kena bersabar dalam meledani kerenah anak-anak, kalau sebelum ini asyik kena marah tapi kini ajak anak-anak duduk dan bincang dari hati ke hati apa yang kita mahu dari si anak dan apa yang anak tak suka dari perbuatan kita terhadapnya bila kita marah dia. Cerita ni agak menarik dan tak rugi tonton untuk dapatkan tips-tips menarik tapi aku pun jarang tengok tv, kalau ingat minggu depan aku layan..





RALAT:
tajuk sebenar 'Nanny 911' dan bukannya 'Fringe'..
credit tu Bujal atas pembetulan tajuk..


psstt: kes mengantuk + letih ni, lain kali jangan buat macam ni ye.. peringatan untuk diriku.. tapi macam mana pun cerita tu memang menarik, aku suka.

Wednesday, April 20, 2011

'SAYA NAK JOIN BLOGLIST AWAK'




Sambil layan makan tengahari kat depan pc, aku terjumpa blog ni ---> let the keyboard talk, tuan punya blog ni nak meramaikan ahli dalam bloglistnya serta memantapkan lagi blog dia.. so aku nak try cuba test berjaya ke tidak.. tapi pandangan yang aku yang kelam ni merasakan blog aku akan disenaraikan dalam bloglist dia..

Kenapa blog aku perlu ada dalam bloglist dia ni..?
boleh dapat ramai kawan, kenal ramai orang, dapat bertukar idea pandangan mengurangkan kelam aku ni.. (ayat skema)..

Occupational Therapy Appointment


Lokasi sekarang:
Medical Rehabilitation Unit, UMMC..


Urusan:
Treatment Specialization: Burn..


Appointment pukul 8:30am tapi hari ni aku tersampai awal pulak.. Hari ni tak jumpa Lily dah tapi jumpa Faridah, sekarang dia yang akan handle kes adik..

Ok, aku nak out dulu, laparlah pulak nak carik sarapan jap..




UPDATE (9.30 am):
Mood adik yang ceria yang dan mendengar kata.. suka dengan mainan yang diberikan. So far dan pemantauan berterusan masih perlu dilakukan agar tiada masalah yang timbul ke atas jari-jari tangan adik.

Next appointment pada 23 Mei 2011.

Tuesday, April 19, 2011

Amaran.. Warning..

Dari weekend hari tu aku ada terbaca tertengok pasal ni (AMARAN : BLOG YANG TIDAK MENGGUNAKAN AKAUN GOOGLE AKAN DIHAPUSKAN BERMULA 25 JUN 2011) kat dalam mukabuku dan jugak masa blogwalking..

Bila tak selidik sumber yang betul, benda macam ni boleh jadi huru-hara.. ada yang senang dengan mudah percaya..

Dan tadi, aku terbaca kat dalam entry si NINI pastu dari situ dapat LINK yang ini.. so kepada korang yang ada baca pasal tu korang baca dan fahamkan dulu yang ini..

'Buletin nie merungkai Kisah Benar disebalik Notis akaun akan kena delete untuk penguna Blogspot jika tidak menggunakan gmail . Telah berlaku salah faham dan kebimbangan yang berlebihan di sini... hehehe' ---> dah selebihnya korang boleh baca di Adamxis dotcom..

Meh Join Bloglist FizA



entry paling ringkas aku buat setakat ni.. linknye di SINI..

SAYA NAK JADI BLOGLIST SIMANIS-CADBURYLADY



Aku tag semua yang baca blog aku untuk JOIN.. ;)

Sunday, April 17, 2011

pukul 2 pagi

Lepas sempat membeli dan belah di pasar malam tapi tak sempat pergi fun fair kat Klang Sentral.. Macam biasa kakak dah tidur dulu, petang tadi leka main..

Sampai kat rumah, sambil makan menu yang dibeli dari pasar malam tadi, sambil layan Hawaii Five-0 yang aku tak dapat tengok Isnin lepas.. Kisahnya di SINI.. Sambung pulak tengok Pontianak Kg. Batu (lakonan Erra Fazira).. cerita ni takdelah seram mana, masih belum sampai menakutkan lagilah..

Dah melepasi tengah malam cenggini banyak pulak cite bertemakan hantu.. Aku..? Takdelah nak tengok, mata pun dah berat.. Selesai je Pontianak tu aku terus zzzzz..

AF9 je aku tak layan sebab tak heran, ulangan dia akan berulang-kali.. ops.. Ok dah.. Terlebih sudah.. Nanti kang entry ni jadi segmen review cerita kat channel2 astro..

Saturday, April 16, 2011

system down

Assalamualaikum and morning everyone,

Cadangnya nak sambung tidur bangun lewat sikit, maklumlah hujung minggu, tapi itu semua dalam mimpi jelah.. Dah kalau si kakak dan si adik dah sedar tak guna nak berlingkar lagi atas tilam, ditambah dengan kebisingan mulut dorang.. Celik mata si adik membebel, celik mata si kakak nak gaduh.. Geram pulak dibuatnya..

Kat luar hujan.. Aku nak tarik selimut je rasanya.. Pagi-pagi dah hujan buat sistem arahan otak aku takde line a.k.a malas..

Sudahnya.. dengan tak berapa rajin aku mulakan tugasan bekerja dihujung minggu, kang kalau tak kemas mata aku jugak yang sakit, badan aku yang letih, mulut aku jadi bertih..

Oklah korang, aku nak out dulu buat senaman dalam rumah..

Friday, April 15, 2011

sempat layan..

Aku datang kerja tapi tak buat kerja..?
Makan gaji buta kau yer..?
Eh! Takdelah..

Sepanjang hari ni aku ada kursus tapi memandangkan Hari Jumaat, rehat yang agak panjang jadinya aku dapatlah layan blog.. 2 jam non-stop hadap pc, jap lagi nak masuk balik dewan.. Sekarang belum ada mood nak buat entry sebab kepala aku dah sarat dengan macam-macam ayat dan tulisan yang aku baca.. ;)

Ok, malam nanti sambung balik.. aku nak out dulu..

Giveaway Ujang9897




Dengan langkah kepenatan aku hari ni, aku nak join GA yang dibuat oleh dak Ujang ni.. Nampaknya GA yang dia buat ni tak banyak sangat syarat-syarat dan semuanya tak wajib sebab yang wajib dia akan buat bulan depan dengan dak YANA.

1) Letak Header Pilihan Malaysia kat atas tu ...hahahah (tak wajib)
---> ok siap..

2) Letak satu gambar korang yang sempoi ...( tak wajib)
---> nak jugak ke..? YANA ada sudahlah..

3) Bebel la apa-apa..nak kutuk blog aku pun boleh...('',) ( tak wajib)
---> Aku mesti nak singgah terjah kat blog dia ni.. Kalau korang tengok baca blog dak Ujang ni, entry dia sempoi, adakalanya tajuk lucah tapi bila dah baca lain lak maksudnya.. taulah tak lama lagi nak tinggalkan alam keterunaan kau tu Jang.. Paling suka dengan hp canggih dia tu 3310.. Orang lain tak boleh online langsung menggunakan hp tu, dia sorang je boleh.. Tapi korang jangan cerita pasal durian kat dia ni, aku rasa mahu satu bakul besar tu dia sorang boleh habiskan.. Ok.. cukup.. cukup.. sikit-sikit sudahlah..

4) Tag 2 orang (bagitau la dorang ek)
---> kali ni aku nak tag dak SCC dan Faris..


Kepada korang yang lain nak join, terjah kat blog mamat yang suka kentut bau durian ni.. UJANG..

Thursday, April 14, 2011

Koqin's 1st Give Away




Dalam dok leka tercari-cari gambar mana yang berkenan dihati, terjumpa dengan yang INI..



Aku suka gambar ni sebab:
Kadang-kadang kita rasa elok tutup telinga, tutup mata, tutup mulut dari mendengar, melihat dan bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah yang mungkin ada antaranya mengguriskan hati orang lain, dan boleh mendatangkan fitnah.. Banyak makna tersirat yang kita boleh dapat dari tengok gambar tersebut. Tak taulah korang tengok dari segi yang macam mana pulak kan..?


Give ur opinion and suggestion about this blog
Aku tak reti nak komen bagai, tapi macam mana pun blog ni simple berlatarbelakangkan warna putih.. putih tu kan bersih.. Harap tuan punye blog pun bersih lah ek.. (ek! Eleh kau.. macamlah kau bersih sangat..)


Ok, kepada korang yang baca entry ni dan nakkan hadiah tu, korang click kat SINI untuk join.. Memang berbaloi kalau menang tapi salah satu hadiah tu dah reserve untuk aku (wah! sape kau nak bagi hadiah tu sebelum join)... Apalagi korang.. cepat.. jom join..

BEN ASHAARI GEGAR LAGI


Lagi entah kali berapa bergegar-gegar aku rasa bila join segmen abg ben ni.. serius menarik.. aku suka korang tak suka, aku tak boleh kata apa..

Segmen kali ni dibuka sehingga 17 April 2001, Ahad ni.
Masih banyak masa lagi dan kalau korang rasa nak join, terjah kat SINI.

Wednesday, April 13, 2011

Lampu signal rosak


Lokasi pertama di Setia Alam:

Laluan sini memang ada 2 lorong so kepada yang nak pandu slow laju 110 dan ke atas silalah guna lane kanan.. area ni memang laluan F1 sebab yang lalu memang berdezup laju.. akulah tu.. tapi tadi aku boleh terkena dengan sebuah kereta ni, dahlah pandu bawah 70km, pandu pulak kat lane kanan pastu ter brake2.. apakehenye yeop.. Dah kalau rasa ada masalah pada kereta sila beri signal dan pandu ke laluan kanan tapi aku rasa signal dia rosak kut.. Bila aku pecut lalu sebelah dia, eemm… perempuan.. Aduh! Kak.. orang lain pun nak guna jugak laluan tu, janganlah syok sendiri kak.. Ni yang leceh terkutuk sesame jenis..
Kemudian.. wah.. apa ni pagi-pagi ada pulak yang bercinta sayang pandu kereta.. bila tengok.. Aduh! Bang.. agak-agaklah.. kalau nak pandu slow jangan masuk highway, pergi redah jalan kampung, jimat minyak takde kena marah-marah sayang..

Lokasi kedua, dah sampai kat P.J:

Nak hantar kakak ke sekolah, korang mesti faham camne nak gunakan signal kan, waktu bile, dekat mana.. Aku dalam keadaan bersedia di simpang untuk keluar.. dah bagi signal, dengan selamba tak bersalahnya kereta yang lalu tu terus masuk laluan sebelah aku tanpa bagi signal.. wah! Kau.. aku dok tunggu ingat kau nak terus tapi terkena lagi aku tadi..

Korang.. aku nak tanya.. susah sangat ke nak guna signal KIRI atau KANAN tu..?
Dulu cikgu mesti ada ajar kan, nak test JPJ pun tentu skema gaban korang gunakan.. Kang kalau aku maki menambah dosa yang ada tapi janganlah malas nak gunakan lampus signal tersebut. Bukanlah aku ni pemandu berhemah sangat tapi tolonglah.. orang lain pun nak cepat juga, nak pergi kerja juga tapi janganlah jadikan highway @ simpang tu sebagai tempat bercinta sayang..

Tuesday, April 12, 2011

sabar untuk kesekian kalinya..

Ketika kakak sedang membuat homework yang diberikan oleh cikgu, aku macam biasa.. buat pemeriksaan beg sekolah.. Takdelah yang pelik-pelik aku jumpa pun.. tapi yang ni memang suhu kemarahan dan kegeraman aku meningkat naik..

Aku: Mana kakak punya pemadam, pensil, pembaris..? Kakak letak dekat mana..?
Kakak: Ada dalam beg.. (dengan suara teramat perlahan - takut kena marah..)

Aku tanya cenggitu sebab dalam beg sekolah dah memang takde.. Korang bayangkan.. (kejap.. Aku pun nak bayangkan sekali).. Macam ni lagi cepat tokey kilang peralatan alatulis kaya-raya.. Aku pulak..?

Bayangkan malam tadi bagi, petang balik sekolah aku check dah takde.. Mahu tak hangin.. Bukan sekali bukan dua kali tapi berkali-kali.. (yang ni aku dah taknak bayangkan)..

Tapi lain pulak bila aku mengomel kat hubby.. 'yang awak bagi pemadam, pensil, pembaris yang berjenama ngape..?' (aku kena smash balik)

Aku tetap dengan pendirian aku, takkan nak bagi yang kurang bermutu sedangkan buku tulis senipis alam, tak macam dulu.. Taulah budak-budak bila guna pemadam macam mana, dia punya tenyeh boleh koyak buku.. Jangan tak tau, ada buku yang aku tampal balik sebab nipis teramat..

Letak nama pun tetap hilang, kalau tak hilang sedekah amal jariah.. Si kakak ni memang pemurah macam babah dia.. Aku je yang kedekut..

Sudahnya, dalam membebel aku tetap sediakan keperluan sekolah dia, nanti camne pulak dia nak buat kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu kat sekolah.. Hai.. Nampaknya dalam minggu ni kena standby lagi nampaknya.. Kopak aku camni..

Dalam penat dia buat juga homework dia.. Kakak oh! Kakak..

contest sedap mata memandang :)




Untuk petang ni aku telah ditag pulak oleh Nini, tq ye Nini.. ;)

Kalau korang rasa nak join mai singgah kat SINI..

Chegu Zubir Mehla Terjah!!!!



Jom kita ramai-ramai memeriahkan suasana..
Nak join kat SINI ye..

Monday, April 11, 2011

Tak puas..!

Akhirnya.. kini pasti ku melihatmu..

Walaupun aku terlambat seminit tapi sekarang aku sedang menonton di channel 701.. my favourite drama..

Tapi malam ni channel 103 pun menarik jugak.. Project A - Jackie Chan berlakon.. Wah.. Mana satu aku nak tengok ni.. Lepas habis cerita aku ni nanti.. Blue Bloods pun best jugak.. Aduh.. Tak boleh jadi ni, esok kakak nak sekolah, dorang takkan tidur selagi aku tak tidur..

Apa yang aku boleh share, aku tak puas tengok McGarrett gara-gara si adik ganggu konsentrasi aku.. Ajak tidurlah, nak susulah, suruh garu badan dialah.. Aarrrggghhh... Baik aku tidur jelah macam ni, weekend nanti aku tengok ulangan dia..

ppsssttt:
Sape-sape yang dah tengok sampai habis jangan cerita kat aku ok, aku jealous ni..

KL time..

Dah lama tak ronda KL malam minggu.. Biasa lepaking kat Shah Alam je.. Wah! seronoknya dapat keluar bersama family bergumbira di hujung minggu tapi yang tak bestnya dak kakak boleh tidur dengan jayanya sedangkan susur NKVE pun belum sampai.. Aduh! Kakak.. Ibu suruh tidur kakak syok main kat luar.. Sudahnya cuci mata je tengok sana tengok sini..

Dari Dataran Merdeka terus menuju ke Taman Tasik Titiwangsa.. Layan sekejap dorang main kereta control.. Aku..? Dalam kereta temankan dak kakak.. Si Adik dengan hubby je yang layan.. Aku teman kakak sambil layan blog dan mukabuku..

Akhirnya aku pun turut lena dikala belum sampai NKVE ketika dalam perjalanan pulang.. 'Ni yang nak lepak sampai pukul 3 pagi..' Kihkihkih.. mataku ini memang telah diset sebelum tengah malam mesti dah tidur.. tu yang hubby malas nak ajak keluar walaupun aku merengek-rengek bagai.. Ni dapat keluar pun lepas sesi pujuk ala-ala gatal.. hahaha...



pssttt:
Pos ini lewat dikeluarkan kerana aku baru bangun tidur... wah.. nampak sangat tipunya.. ;)

jom join bloglist frommetoyou



Kali ni aku ditag pula olah kak Ariana untuk segmen ini.

Jadi.. dengan rela hati aku tag korang yang baca entry ni untuk join sama.. Korang boleh click kat banner tu ye..

Meh kita temankan dia yang jauh diperantauan tu..

Saturday, April 9, 2011

layan hindustan

Sekarang setiap hari Sabtu aku mesti nak tengok cite hindustan..

Kau: Ape..? kau layan hindustan..?
Aku: Kau gelakkan aku..? alah.. Cuba korang tengok sekali confirm nak layan sampai habis..

Aku suka tengok kat TV2 atau dalam bahasa Astronya channel 102.. Macam sekarang ni aku tengah layan cite 'robot'.. ala-ala 'I-Robot' tapi versi hindustanlah..

Kau: Wah! Kau.. Senang hati nampak.. Dah takde kerja nak dibuat ke..?
Aku: Lalalala.. Perut dan kenyang, ni yang layan hindustan, macam best je cite dia..
Kau: Habis tu.. Kakak dengan adik mana?
Aku: Dengan senang hatinya dorang main kat luar.. ni yang tenang aman je aku rasa..


Ni antara part yang aku suka time hujung minggu.. Dapat merehatkan badan sambil melayan astro ditemani BB yang slow sipit ni.. Sambil leka mengarang kat sini, otak ligat fikir mencari ruang dan peluang nak keluar memandangkan hubby turut ada..

Oklah.. Aku nak out dulu.. Nak sambung makan sambil tinjau-tinjau apa yang dibuat oleh budak-budak kat luar rumah tu..

Friday, April 8, 2011

pelupakah aku..?

Kisahnya:
Dengan hati yang tenang gumbira aku balik kerja.. Esok dah cuti boleh rehat panjang tapi.. Ni yang best nak cite ni..

Aku tak ingat macam mana aku boleh perasan ada barang tertinggal kat office.. Oh!Tidak.. Aku dah berjaya melepasi jalan jem dengan jayanya, last2 aku kena u-turn balik semata-mata kena pergi balik ke office.. Apa barangnya..? My Purse.. Rasa nak meraung kat tetengah jalan tu.

Memang kelam-kabut betul aku lepas tu, dahlah nak kejar masa sebab nak ambil kakak kat sekolah, aku boleh tertinggalkan purse kat office.. Lepas tu redah jalan jem dan hujan lebat.. Anyway.. Sekali lagi terima pada abang polis dalam usaha mengurangkan jem dari menjadi lebih teruk..

Akhirnya selamat semuanya.. Aduh.. Kenapalah aku boleh lupa barang itu..? Macam dah tua sangat lak aku sedangkan aku masih remaja purba.. Adeh..

Moral of the story: check dulu cukup ke tidak barang2 yang perlu dibawa balik.. Dahlah esok cuti hujung minggu..

BEN ASHAARI MMG GILA LA KOT




weh.. pagi tadi abg Ben bagitau hari ni takde segmen, tetiba bukak petang ni ha.. ada pulak segmen dari dia.. mesti dia ngantuk ni (sebab: berada di office).. kihkihkih..


Ok, ni jawapan dari aku, dulu masa jawab exam pun aku rasa tak susah macam ni... poyo je bila dibaca..


sila jelaskan kenapa korang suka masuk blog BEN ASHAARI .. Haaa... 100 patah perkataan dalam 4 perenggan .. hehehe.. tak kira tak kira .. buat gakkk ..


Dulu, serius aku tak pandang bebetul blog ni sebab bagi aku siapalah dia ni, tapi secara kebetulan aku baca kat satu blog tu ada segmen dari BA ni terus aku jatuh suka hati kat blog ni gara-gara ramai yang nak berkenalan dengan blog aku.

Kemudian, bila dah rajin join segmen BA ni, aku dapat kawan di alam maya ni yang suka usik-usik, sakat-sakat, malah ada antaranya jadi pengkomen setia aku.. wah riak aku sekejap.. tanpa dorang siapalah blog aku ni.

Alamak, perenggan ketiga ni, aku dah kurang idea, sebab aku rasa bila BA baca ni mesti dah kembang-membang dia, dok asyik kena puji, kenapa dan kenapa aku suka masuk blog dia..

Akhir sekali, aku nak ucapkan terima kasih kat BA buat macam-macam segmen sampai semput aku nak mengejarnya..


Ok, cukup dah 4 perenggan, kan aku dah bagitau tadi, susah nak buat karangan kat sini. Kalau korang nak join buat karangan ala-ala membodek puji silalah ke SINI.

Segmen Review Blog Oleh Pembawa Wacana



Sedang aku buat BW tadi, kat dalam blog INI ni aku jumpa segmen ni.. teringin terus join..

Kalau korang rasa blog korang nak direview, singgah kat SINI.

nak kakak..?

Situasi: petang semalam.. baru lepas hujan..

Kakak: Ibu.. Kakak nak aiskrim?

Ibu: Tak payahlah kakak, kita pergi pasar malam ek..?

Mula-mula si kakak tarik muka tapi si ibu pujuk nak bawak pergi pasar malam, wah.. terus lupa itu aiskrim dan siap request nak mainan.. Banyak pandai ini kakak.

Sambil berpimpin tangan menuju ke kereta, tiba-tiba si Kakak mengeluh..

Kakak: Hurm.. Kan best Umairah ada kakak? Ibu.. Umairah nak kakak boleh..?

erk..? Nak kakak.. Si Ibu salah dengar ke?

Ibu: Umairah..? Umairah mana yang nak kakak tu?
Si Ibu agak conpius dengan soalan si anak

Kakak: Lah.. Ibu ni.. Kakaklah.. (sambil menunjuk ke arah dirinya)

ooo... Si Ibu mula memahami situasi yang cuba disampaikan oleh si anak..

Kakak: Ibu.. boleh tak ibu bagi kakak..?

Lagi sekali.. erk..? Mana lak aku nak cari 'kakak'.. Si Ibu pun tak dapat nak bagi jawapan yang tepat pada si anak..

Ibu: Macam mana ibu nak bagi, kakak kan anak sulung.. Anak pertama ibu, jadi kakak takde 'kakak' atau 'abang' tapi Kakak kan ada Adik..

Kakak: Kakak taknak adik lelaki, kakak nak adik perempuan.. Ibu bagilah satu kat Kakak..

Ah!Sudah.. Tadi nak 'kakak' ni nak adik pulak..

Ibu: Macam nilah kakak, kita pergi pasar malam dulu, balik nanti kita cite lagi ok..

Kakak: oklah.. (dengan nada malas)

Si Ibu terus senyum tengok kerenah si anak kerana dah tau dah kejap lagi mood dia akan bertukar.. Ye akan bertukar selepas tengok macam-macam ada kat pasar malam.. Oh.. Rabaklah poket si ibu..


Begitulah perbualan antara si ibu dan si anak selepas sesi persekolah petang semalam.. Fuh.. Nasib baik dia tak tanya dengan nada kuat kat depan orang ramai..

Thursday, April 7, 2011

GIVEAWAY PURSE POLO by DARKBATMAN






Kali ni aku telah ditag oleh dak Ujang, bila aku bukak, wah lawanya.. confirm aku menang ni.. terima kasihlah ujang, kalau menang ni kita potong dua purse itu ok..


Tag 3 orang:
Faris
pida
kakanie


Untuk keterangan lanjut sila klik kat SINI.

Wednesday, April 6, 2011

polis traffic

Kenapa polis traffik jadi entry aku ni..

Sepatutnya entry ni aku buat petang semalam.. Al-Kisahnya..
Setiap pagi dan petang memang fenomena biasa kita lihat di mana anggota polis traffik menjalankan tugas bagi melancarkan aliran trafik terutamanya di kawasan yang memang terkenal dengan sesak teramat. Biasalah adakala dorang ni dipuji, adakala sebaliknya..

Macam petang semalam, hujan agak lebat dan kalau abang polis tak jaga bulatan kat Jalan Othman menghala ke NPE tu confirm stuck.. Terima kasih abang polis yang jaga kat situ.. Kalau abang polis takde, mesti sesak yang teramat.. Rasa macam nak bagi award masa tu..

Itu time abang polis dipujilah.. Yang ni pulak cite pasal abang polis kena bebel-bebel sayang dengan aku..

Flashback:
Biasanya abang polis akan arahkan kita jalan atau kena berhenti tapi masa tu aku rasa dia lambat bertindak suruh aku berhenti, maka kesudahannya aku kena pusing turun balik Federal terus ke susur Subang menghala ke Bandar Sunway semata-mata nak menghala ke PJ.. sebab kat atas jambatan 'Pulau Pinang' tu mana boleh berhenti.. Serius aku memang hangin masa tu.. Dahlah nak hantar anak ke sekolah, rumah pengasuh lagi, nak pergi kerja lagi.. Sempat memanglah sempat tapi aku memang.. ah! Malas citelah..

Kesimpulannya jangan pandu laju dan bersedia untuk berhenti di traffic light.. Namun demikian jika abang2 polis ni takde ketika waktu puncak, confirm jalanraya akan jadi serabut macam korang yang tengah baca entry ni..

Oklah, next time kita cite lain pulak..

skrip menarik

Malam tadi,
Walaupun dah keletihan dan mata pulak dah bersedia nak zzzzz, aku layan mukabuku kejap dan terbacalah dalam SB si KF ni tanya siapa nak jadi watak dalam skrip dia, lebih kurang macam tu lah. Lepas aku reply je permohonan ditutup.. tuptup tadi bukak mukabuku si KF share link dia.

Wah.. watak utama tu.. tapi kesian sungguh family itu, lintang-pukang jadinya. Korang boleh baca kat ---> SINI ye.. walaupun sempoi tapi maksud dia begitu mendalam..

Terima kasih ye bagi watak utama.. bila nak bayar payment ni..? kihkihkih..

Monday, April 4, 2011

balik awal

'Ibu.. Semalam ibu dah janji kalau hari ni balik awal, boleh main kat luar rumah.. Kakak dah lama tak main kat luar rumah..' (siap sebutkan beberapa nama kawan2 dia).. Kalau hari-hari aku berjanji macam tu, aku rasa tak lama lagi aku boleh masuk F1..

Jarang sangat balik sekolah dia dapat main dengan kawan-kawan kat TDBi ni.. Sampai rumah dekat maghrib tak dan nak main pun, nak pulak dah letih dari pagi sekolah - biasanya masuk kereta sambil mengadap jalan jem sekejap dah hanyut.. Nak main macam mana..

Malam, rutin harian kakak, buat kerja sekolah yang aku rasa dia banyak main dari buat apa yang cikgu suruh.. Geram jangan cakaplah.. Nak marah apalah yang dia tau tapi kalau tak buat macam tu lambat-laun dah jadi buluh aku jugak yang menyesal.. Masa tu dah takde guna dah..

Si adik pulak, time kakak buat homework, dia pun turut join, buku khas dan pensil warna memang standby untuk dia termasuk alat tulis, tapi yang tak syoknya bukan buku yang dia color tapi lantai rumahku.. Adikkkk...!! Geramnya ibu...!! Dinding ruang tamu rumah dah jadi corak abstrak.. Dari pendek ke panjang, dari bulat ke lonjong.. Aku rasa tu sebagai isyarat suruh cat baru dinding rumah tu.. Secara kiasan dia bagi kat aku..

Aku pulak dah lama tak naik 143 hubby.. Rindu pulak rasanya tapi sejak kakak dah sekolah ni susahlah, kalau nak pun kena tunggu cuti panjang..

Eh!Kejap.. Tadi nak cerita pasal kakak tapi dah out of topic pulak.. Dahlah taknak cerita dah.. Zzzzz lagi baik.. Kejutkan aku pukul 5.30 pagi nanti ye.. ;)

5 blog paling kerap dilawati 2011

Untuk tajuk ni, aku telah ditag oleh si Comot, ok terima kasih Comot, dengan gigihnya aku pun buat, maka lahirlah entry ini..

Aku tak rasa yang korang akan kecik hati kan kalau aku masukkan 5 blog paling kerap aku lawat, korang jangan kecik hati ye.. sekali lagi.. sebab aku sayang korang cuma aku terpaksa buat pilihan dalam keadaan nak luah mati mak nak telan mati ayah, tak telan tak luah tak buatlah aku entry ni jawabnya..


Ni antara senarainya:

Dunia Faris Adli
Kawan yang baik dan selalu bagi semangat untuk terus berblog.. agaknya kalau aku senyap untuk tempoh masa yang panjang, adakah dia masih setia dengan blog aku..

Erti Kehidupan
Blog dak Ujang yang sempoi dan menarik.. tetiap hari mesti nak singgah.

Alongusop
Aku suka sejak dia buatkan doodle untuk aku.. dia ni sempoi, ada je idea dengan doodle dia tu..

chik Inn
Aku sentiasa mengikuti perkembangan chik Inn ni, sejak dari awal dia berblog hinggalah kini..

si Comot
blog je color pink tapi tak macam pemiliknya, aku senang dengan dia ni <--- baru kenal dan jatuh suka kat blog ni..

OndScene
Blog ni banyak memaparkan kisah dan cerita yang eksklusif yang takde masuk dalam mana-mana paper atau tv, kalau ada pun bukan secara keseluruhan, yelah mesti nak kena tapis dulu..


Walaupun korang takde dalam senarai tu tapi jangan kecik hati ye, ni aku tag korang lak untuk buat, sama-sama memeriahkan dan secara tak langsung memberi penghargaan kepada blog-blog tersebut.

twoplusone
bungacahaya
pidasanglang
noraim
kakanie


Kepada yang lain yang nak join, silalah masuk KAT SINI.

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA



Entry paling senang, cepat dan mudah..

Korang nak join, click kat SINI.

ABPBH 2010

Sepanjang Anugerah Bintang Popular Berita Harian malam tadi berlangsung, macam-macam komen dalam mukabuku. Cara artis berjalanlah, fesyenlah, bahasa, nyanyian.. macam-macam tapi bukan setakap dalam ABPBH malah dalam mukabuku pun turut happening..

Tapi.. Dari mula sampai akhir, paling happening dan paling aku suka masa nak bagi anugerah artis paling popular.. Usop Wilcha.. 'siapa nak tau keputusannya, sila angkat tangan macam saya'.. Ramai pulak yang buat tu.. Malah SAM - pemenang artis paling popular tu pun aku rasa tenggelam dengan lawak dorang ni..

Dalam sehari ke seminggu ni kita tengok pelbagai komen samada baik atau buruk pasal anugerah tu.. Biasalah tetiap tahun mesti ada punya.. Baik dari sapa kalah atau menang hinggalah ke pakaiannya..

Siapalah yang bertuah bawa balik Livina tu kan..

Sunday, April 3, 2011

Rancangan di TV

Rancangan tv pertama yang aku tonton pagi ni:

Astro PRIMA: Rabiatul Adawiyah (ulangan)
Astro Ceria: Rafeeq (ulangan) pastu Klik (episod akhir)

Sekarang layan Conan pulak kat TV3.. Hahaha..
Lepas ni.. ops.. Tengok jam dah dekat tengahari.. Oklah aku nak siap sedia nak pergi membeli dan belah.. lokasi: Shah Alam..

Saturday, April 2, 2011

keputusan pagi tadi

Selepas berhempas-pulas dalam acara pagi tadi, keputusan telah diumumkan oleh Pembesar Suara:

Tempat ke 4: Kampung Parang Kontot
Tempat ke 3: Kampung Pinang Sebatang
Tempat ke 2: Kampung Pening Lalat
Tempat Pertama: Kampung Pasir Berdengung


Walaupun nampak mudah tapi disebabkan dah lama tak bersenam buat stamina cepat pancit.. Nak pulak team aku kekurangan 2 orang untuk regu wanita kedua.. Maka kenalah bergilir-gilir main, walaupun tak cukup pemain tapi kitorang tetap gagah digelanggang permainan (padahal kepenatan)..

Anyway, tahniah kepada team yang tak berjaya, takpe lepas pulun dalam ping pong ni, nanti kita cuba pulak dalam futsal.. Pergh.. Yang ni lagi pancit aku rasa nanti.. Hahaha..

Sekarang ni aku dah baring nak tidurkan diri sekejap.. zzzzz.. Apa yang aku taip ni.. Huhu.. Penatnya..

ping pong

Pagi ni my office adakan perlawanan ping pong antara kumpulan. Kumpulan terlibat ialah Kampung Pinang Sebatang, Kampung Parang Kontot, Kampung Pasir Berdengung dan Kampung Pening Lalat.. Menarik kan nama-nama kampung yang diberikan itu.

Aku mewakili Kampung Pinang Sebatang.. Dah nak mula main ni.. Petang nanti aku update ok..

Friday, April 1, 2011

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

Link

Korang nak join, click header BA tu ye.. Sila beritahu kenapa anda tak suka ANONYMOUS .. Semua ada nama, identity yang unik yang membezakan antara satu sama lain, kenapa nak berselindung di sebalik ANONYMOUS..

Pengalamanan anda bersama ANONYMOUS.. Ceritakan ..
Sehingga kini aku belum ada pengalaman dengan anos+nak+mam tu.. maklumlah takde entry yang maha ganas lagi kejam diterbitkan dalam blog aku.. kalau ada, mata dia dah celiklah tu sebab tu masuk blog aku bagi komen.

Nasihat anda pada mereka yang gemar mencaci maki dalam blog ? 
Apa masalah kau sebenarnya..? Adakah entry aku menyukarkan kau untuk berjumpa orang-ramai? nak makan.. nak minum..? nak tidur sampai terngiang teringatkan entry aku..? Kepada anos2 ni tolonglah jangan buat macam tu, tuan punya blog tu takde niat pun nak buat sesiapa marah, itu semua atas luahan rasa mereka sendiri. Komenlah dengan baik maka baiklah penerimaanny.. Kalau korang marah, orang lain lagi marah kenapa kau nak menyibuk dengan menggunakan identiti anos2 tu. Kalau kau berani tunjukkanlah keberanian kau itu.. janganlah berselindung disebalik tabir aje. 

Eh..!Dah habis.. Semangat berkobar-kobar nak jawab.. dah habis pulak.. ok itu sahaja buat kali ini..

Sekian, saya suka..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...