Followers Remaja Purba

Thursday, January 15, 2026

[15] SABAR YANG ADA BATAS


15 Januari 2026 - Khamis [25 Rejab 1447H)

Kadang-kadang, diam bukan kerana tiada luka — tapi kerana terlalu lama belajar menahan rasa. Lama aku bersabar, bertahun aku bertahan. Namun sayangnya, kau masih di takuk lama — enggan berubah demi masa depan yang lebih baik.

Apabila ego meninggi ke langit, segala nasihat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Ingatlah.. kejayaan tidak datang dengan cara menadah hasil titik peluh isteri, sedangkan kau sihat, sempurna tanpa cacat cela.


Sabar seorang isteri ada batasnya dan perubahan itu bukan pilihan lagi tapi tanggungjawab yang tidak boleh terus dielakkan.


Dan ya, isteri sebagai provider itu memang wujud — tapi jangan jadikan ia alasan untuk seorang suami terus selesa tanpa usaha.

#RemajaPurba: Bukan aku tapi dia..

5 comments:

  1. byk sgt terbaca org share ttg isteri provider & suami jd makin malas hermmm :(

    ReplyDelete
  2. Sedih bila melihat isteri jadi begini. Mana empati seorang suami.. eemm..

    ReplyDelete
  3. sedih bila melihat keluarga terdekat sy menjadi isteri provider. Dia yg menyara keluarga dgn bekerja 6 hari seminggu dari pagi sampai lewat petang sdgkan suaminya malas bekerja atas alasan sakit jantung. Tp sy tengok boleh je dia gi masjid naik motor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih.. tapi hidup perlu diteruskan, kalau dibiarkan, makin banyak segala bil bulanan tak berbayar, belanja anak belajar lagi. Hidup bukan lagi untuk diri sendiri tapi diperah seperti tiada suami.

      Delete
  4. Moga Allah mengurniakan suami provider untuk saya.
    Takut bila tengok situasi gini

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...