24 Januari 2026 - Sabtu [5 Syaaban 1447H]
Hidup ni memang banyak pilihan tapi jangan cepat buat andaian.
Ada yang bertahan bukan sebab selesa tapi sebab tiada pilihan lain.
Dan ada juga yang kekal di tempat yang sama kerana itulah satu-satunya pilihan yang mereka ada.
Jadi sebelum menilai hidup orang lain, ingat satu benda — tak semua orang diberi ruang untuk memilih. Ada yang cuma diberi kekuatan untuk terus bertahan. Jangan sibuk tanya kenapa dia tak berubah, kalau kau tak pernah hidup dalam kasut dia.
Kita semua sedang bertahan dengan cara masing-masing. Jangan cepat menilai, cukuplah sekadar faham.
No comments:
Post a Comment