28 Januari 2026 - Rabu [9 Syaaban 1447H]
TENANG..
SEDERHANA..
dan PENUH RASA SYUKUR..
Orang pertama wish birthday aku, dah tentu insan paling penting dalam hidup — Mak aku. Doa daripada beliau adalah hadiah paling aku nantikan. Tak ada hadiah pun tak mengapa, asalkan doa mengiringi setiap langkahku.

- mesej dari tempat kerja -
Di tempat kerja..
Aku bawakan nasi impit dan rendang ayam yang dimasak oleh en. Hubby untuk dikongsi bersama anak-anak buahku sebagai tanda meraikan hari lahir aku. Seronok tengok mereka makan. DAN.. aku dapat pakej surprise lagi. Teruja dah tentu.. Alhamdulillah.. rezeki.
Baskin Robbins
Inilah keknya.. kena pula dengan warna kesukaan aku - coklat
- Siapa kidal, kita geng -
Dari tempat kerja, rasa bahagia tu aku bawa ke rumah walau dak Kakak dengan dak Adik jauh di mata.
- mesej dari dak Kakak -
Panjang lagi ayatnya, tapi sengaja aku menyakatnya..

- Birthday ku sama dengan kawan baik dak Kakak -
Happy Birthday tu you - Nad..
- mesej dari dak Adik -
Malamnya..
Tak cukup korum — cuma dak Nuha dan e. Hubby yang menemani. dak Nuha rasa sedih sebab tak dapat raikan birthday aku, 'Nuha mana ada duit'. Alahai anak aku yang bongsu ni, risau sangat tengok kalau ibu dia sedih. 'Nanti Kakak dengan Abang dah balik, bolehlah sambut birthday ibu'.

- reward untuk diri sendiri sebab yang lama boleh pula patah waktu birthday aku -
Semoga setiap langkah selepas ini terus dipayungi doa, dipermudahkan urusan dan dikuatkan hati. Alhamdulillah atas setiap nikmat, besar atau kecil, yang hadir.
#RemajaPurba: Dalam setiap langkah menuju impian..








No comments:
Post a Comment