Followers Remaja Purba

Thursday, January 15, 2026

[15] SABAR YANG ADA BATAS


15 Januari 2026 - Khamis [25 Rejab 1447H)

Kadang-kadang, diam bukan kerana tiada luka — tapi kerana terlalu lama belajar menahan rasa. Lama aku bersabar, bertahun aku bertahan. Namun sayangnya, kau masih di takuk lama — enggan berubah demi masa depan yang lebih baik.

Apabila ego meninggi ke langit, segala nasihat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Ingatlah.. kejayaan tidak datang dengan cara menadah hasil titik peluh isteri, sedangkan kau sihat, sempurna tanpa cacat cela.


Sabar seorang isteri ada batasnya dan perubahan itu bukan pilihan lagi tapi tanggungjawab yang tidak boleh terus dielakkan.


Dan ya, isteri sebagai provider itu memang wujud — tapi jangan jadikan ia alasan untuk seorang suami terus selesa tanpa usaha.

@RemajaPurba: Bukan aku tapi dia..

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...