12 Januari 2026 - Isnin (22 Rejab 1447H)
@RemajaPurba: ..
Kalendar Akademik Tahun 2026 bagi Kumpulan B bermula hari ini dan dak Nuha antara pelajar yang memulakan sesi persekolahan sebelah petang.
Buat pertama kali, aku tak dapat ambil cuti pada hari pertama sekolahnya kerana ada tugasan penting di tempat kerja. Rasa bersalah juga sebab walaupun dak Nuha dah masuk SMK, aku memang biasa akan bercuti setiap kali hari pertama sesi persekolahan. Bila dia cakap perlahan, 'Ibu, ni kali pertama ibu tak dapat cuti'. Sedih hati aku dengar tapi dalam keadaan begini, aku terpaksa.
Walaupun dak Nuha ni jenis naga manja dan berhati tisu, syukur tak ada adegan air mata bila aku tak dapat temankan hari ini.
Buat dak Nuha dan semua yang kembali ke alam persekolahan, selamat berjuang mengejar kejayaan. Enjoy your life at school. Sebenarnya seronok berada di sekolah — dapat kawan ramai dan dapat juga rasa 'bebas' sekejap daripada kena bebel di rumah. Hahaha..
@RemajaPurba: ..
No comments:
Post a Comment