26 Januari 2026 - Isnin [7 Syaaban 1447H]
Isu jalan raya ni bukan soal siapa betul siapa salah tapi soal adab. Jalan raya bukan tempat kau lepaskan ego. Bila tak guna signal, potong sesuka hati, cepat melenting bila kena hon — itu bukan cuai, itu masalah sikap. Sikap macam ni yang buat jalan raya jadi tempat orang hilang sabar, bukan sekadar tempat orang memandu.
Aku takkan marah bila..
- Kau guna signal bila nak tukar laluan.
- Kau tak memotong secara tergesa-gesa tanpa tengok jarak depan dan belakang.
- Kau tak cepat melenting bila kena hon
- Bila tersilap, kau angkat tangan tanda maaf — bukan untuk provok pemandu lain.
Jangan jadi pembuli jalan raya. Kalau kau guna signal dengan betul, orang takkan marah, apatah lagi kena maki. Jangan normalisasikan tabiat tak guna signal. Kalau tak pernah kena, Alhamdulillah.. syukur tapi kalau kena, jangan pula tiba-tiba bertukar status 'tidak sihat'.
TIPS MENGENAI - SIGNAL
LEFT, RIGHT, HAZARD LIGHT
Jaga adab di atas jalan raya. Gunalah signal sebaiknya. Jangan susahkan orang, kalau kau sendiri tak mahu disusahkan nanti. Kawal marah, jangan gopoh. Nak cepat ke mana pun, akhirnya sampai juga ke destinasi.
Bukan semua kemalangan bermula dengan laju, ada yang bermula dengan tak guna signal dan ego yang tak dijaga.
#RemajaPurba: nasihat untuk diri sendiri juga, manusia kan mudah lupa.

No comments:
Post a Comment