15 Januari 2026 - Khamis [25 Rejab 1447H)
Kadang-kadang, diam bukan kerana tiada luka — tapi kerana terlalu lama belajar menahan rasa. Lama aku bersabar, bertahun aku bertahan. Namun sayangnya, kau masih di takuk lama — enggan berubah demi masa depan yang lebih baik.
#RemajaPurba: Bukan aku tapi dia..
Kadang-kadang, diam bukan kerana tiada luka — tapi kerana terlalu lama belajar menahan rasa. Lama aku bersabar, bertahun aku bertahan. Namun sayangnya, kau masih di takuk lama — enggan berubah demi masa depan yang lebih baik.
Apabila ego meninggi ke langit, segala nasihat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Ingatlah.. kejayaan tidak datang dengan cara menadah hasil titik peluh isteri, sedangkan kau sihat, sempurna tanpa cacat cela.
Sabar seorang isteri ada batasnya dan perubahan itu bukan pilihan lagi tapi tanggungjawab yang tidak boleh terus dielakkan.
Dan ya, isteri sebagai provider itu memang wujud — tapi jangan jadikan ia alasan untuk seorang suami terus selesa tanpa usaha.
byk sgt terbaca org share ttg isteri provider & suami jd makin malas hermmm :(
ReplyDeleteSedih bila melihat isteri jadi begini. Mana empati seorang suami.. eemm..
ReplyDeletesedih bila melihat keluarga terdekat sy menjadi isteri provider. Dia yg menyara keluarga dgn bekerja 6 hari seminggu dari pagi sampai lewat petang sdgkan suaminya malas bekerja atas alasan sakit jantung. Tp sy tengok boleh je dia gi masjid naik motor.
ReplyDeleteSedih.. tapi hidup perlu diteruskan, kalau dibiarkan, makin banyak segala bil bulanan tak berbayar, belanja anak belajar lagi. Hidup bukan lagi untuk diri sendiri tapi diperah seperti tiada suami.
DeleteMoga Allah mengurniakan suami provider untuk saya.
ReplyDeleteTakut bila tengok situasi gini