11 Januari 2026 - Ahad [21 Rejab 1447H]
Kenangan sewaktu dak Kakak bersekolah darjah satu di SK..
Dalam kereta nak sampai depan sekolah rasa berdebar-debar macam nak lari 100 meter, minta anak standby untuk keluar dari kereta. KPI kena selari macam Sha'Carri Richardson. Tak boleh lambat, tak nak kena hon. Malu.. Reputasi harus dijaga.
TAPI.. ada segelintir sikap ibu bapa ni..
Kalau nak salam, peluk, cium, baca doa buat di rumah lebih awal, jangan depan sekolah hingga orang belakang terpaksa menunggu. Fikirkan orang lain nak pergi kerja terpaksa tunggu sebab tiada ruang untuk melepasi dek mereka ini berhenti di tengah jalan sesuka hati. Itu belum lagi double park, tinggal kereta tengah jalan, galas beg, pimpin anak sampai depan sekolah, sampaikan amanat, peluk cium, tunggu anak hilang dari pandangan mata baru nak beredar. Masuk kereta begitu je — isyarat minta maaf pun takde. Alasan klise 'alah.. sekejap aje pun..'.
Ini bukan setakat hantar anak ke sekolah, hantar isteri pergi kerja pun macam ni. Mengambil masa sebelum keluar dari kereta, itu belum lagi dah keluar, buka pula pintu belakang ambil segala beg bagai kemudian terus blah — without a personal apology gesture to the driver back.
Kena set dalam kepala:
'Kita mudahkan kerja orang, InsyaAllah kerja kita pun jadi mudah'.
#RemajaPurba: ...
No comments:
Post a Comment